Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2016

Macam mana nak tentukan harga kek?

Gambar
Assalamualaikum Apa khabar semua teman-teman ita di luar sana Alhamdulillah ita sihat, cuma sedikit sibuk sejak dua menjak ni.. Maklumlah bila dah masuk hujung tahun ni.. banyak benda nak kena di satelkan, di samping memenuhi permintaan tempahan kek dari teman-teman dan persedian kelas ita yang berlangsung setiap bulan. Kadang kala sedih jugak.. bila sibuk, ita kurang dapat menjenguk blog kesayangan ita ni.. Kurang masa dapat menyediakan resepi yang menjadi pilihan follower ita dan jarang -jarang dapat bersembang panjang seperti yang pernah ita lakukan dulu-dulu.. Ada masa rindu jugak dengan situasi dulu.. punya banyak masa menyediakan juadah untuk di kongsikan dengan teman-teman.. dapat merakamkan gambar kenangan bersama masakkan yang ita sediakan.. sekarang masa seakan terlalu pantas berlari.. tercungap-cungap nak mengejar.. Hari ini ita cuba luangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa pertanyaan adik-adik di alam maya. Rata-rata ramai yang masih kurang mahir untuk meletakkan harga

Cheese Tart Buncit Buncit dan Montok Montok !

Gambar
Assalamualaikum... salam Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia dan di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah.. Aidil Adha tahun ini bersekali dengan cuti sekolah yang panjang. Jadi ramailah yang mengambil peluang cuti panjang untuk pulang ke kampung. Bagi ita dan keluarga, kami beraya di rumah aje.. kebetulan anak-anak tak pulang bercuti.. sambutlah kami 3 beranak aje.. Aidil Adha tahun ni.. Bila hari cuti.. hujan pulak tu.. sejuk-sejuk macam ni.. perut berkeroncong minta di isi. lalau merajinkanlah diri membuat cheese tart ni.. Tengok kat wall fb ramai yang kongsi cheese tart montok-montok dan buncit-buncit.. geram pulak! tu yang tak boleh tahan godek-godek jugak lah.. Resepi kali ini adalah perkongsian daripada Azalifah Zakiah, tapi ita tak jumpa lagi postnya yang di kongsikan tempoh hari. Mujur ita sempat salin, jadi maaf ita cari fbnya pun tak jumpa untuk ita selitkan linknya di sini. Terima kasih pada Azalifah zakiah kerana kongsikan resepi yang menjadi kesukaan ramai

Salam dari Poland

Gambar

Basic Butter Cake Yang Sangat Sedap

Gambar
Ibu duit... ibu duit... ibu duit... Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang di katakan menjadi ibu duit di kalangan bakers kecil-kecilan atau pun suri rumahtangga. Ita tahu.. ramai daripada kita yang mengemari butter cake. Bau kek butter yang harum di tambah dengan kegebuan dan kelembutannya, semakin tertarik dengan pelbagai corak dan warna yang menghiasi kejadian kek yang sudah menjadi satu kemestian setiap kali hari raya menjelma. Tak lama lagi kita semua akan menyambut Aidil Adha. Bagi yang nak pulang ke kampung... apa kata sediakan sebekas dua kek butter ini untuk ibu dan ayah di kampung. Resepi yang ita ingin kongsikan ini cukup mudah dan cukup simple. Dengan hanya satu resepi sahaja, anda dapat sediakan pelbagai jenis butter cake bersesuaian dengan citarasa anda.. Waaaa... terujakan.. Pasti dah tak sabar nak tahu ni... cuba dok rapat sikit.. akak nak kabor.. ni.. Resepi ni adalah resepi hasil perkongsian dari Chef ibu duit kita yang sangat ita hormati dan kagumi.. Siapa