Cheese Tart Buncit Buncit dan Montok Montok !
Assalamualaikum... salam Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia dan di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah.. Aidil Adha tahun ini bersekali dengan cuti sekolah yang panjang. Jadi ramailah yang mengambil peluang cuti panjang untuk pulang ke kampung. Bagi ita dan keluarga, kami beraya di rumah aje.. kebetulan anak-anak tak pulang bercuti.. sambutlah kami 3 beranak aje.. Aidil Adha tahun ni..
Bila hari cuti.. hujan pulak tu.. sejuk-sejuk macam ni.. perut berkeroncong minta di isi. lalau merajinkanlah diri membuat cheese tart ni..
Tengok kat wall fb ramai yang kongsi cheese tart montok-montok dan buncit-buncit.. geram pulak! tu yang tak boleh tahan godek-godek jugak lah..
Resepi kali ini adalah perkongsian daripada Azalifah Zakiah, tapi ita tak jumpa lagi postnya yang di kongsikan tempoh hari. Mujur ita sempat salin, jadi maaf ita cari fbnya pun tak jumpa untuk ita selitkan linknya di sini. Terima kasih pada Azalifah zakiah kerana kongsikan resepi yang menjadi kesukaan ramai ni.
Kali ini ita buat dua perisa, Nutella dan blueberry. Kalau nak sedap bubuh banyak-banyak filingnya tu..
Resepi ni sebenarnya tak banyak beza dengan resepi yang pernah di kongsikan sebelum ini. Cuma untuk dapatkan cheese yang montok dan buncit-buncit ada teknik yang harus di ambil perhatian. Jom kita pelajari bagaimana nak dapatkan cheese tart yang montok!
CHEESE TART BUNCIT
Resepi Oleh : Azalifah Zakiah
Shell Tart
125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais
Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.
Cheese
500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
Sedikit esen vanilla
Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur
* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream
* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )
Susun shell tart dalam tray
Letakkan filling di tengahnya
* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella
masukkan cream cheese dalam piping bag
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak
Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh
Kalau ada nozel yang besar macam ni pun boleh di gunakan.
Kalau nak hias dengan corak bolehlah hiasan. Hiasan corak boleh rujuk di sini : SINI
Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C
Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan
tart yang telah siap di bakar boleh di hias dengan Nutella. masukkan nutella dalam piping bag dan paipkan atas cheese tart .. wow! yummy!
Komentar
Posting Komentar