PASTA SPIRAL GORENG SOS SARDIN... emmm dapnya..😆☺
Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)
Sibuk sikit ye lah dah lama bercuti.. kerja pun menunggu lah kan :)
Masak pasta spiral goreng ni dah lama hihihi.. tapi tak menyempat nak update entri.. tu guna homemade sardin yg saya buat di sini tu homemade sardin sedap..
Sebelum tu saya dah buat spaghetti sardin juga.. resepinya di sini juga.. spaghetti sardin emmm dapnyaaaa :)
Anak-anak saya suka betul spaghetti dan pasta ni.. tekak budak2 sekarang kan.. ini pun kakak nabilah juga yang minta.. saya pun join sama.. memang sedap lah weyyy.. bertambah makan hahhaa.. tapi bagi orang yg suka sardin lah kan..
Resepi saya cukup mudah kekawan.. sebab saya ni suka yg cepat dimasak sedap dimakan.. jom intai resepi saya ni ye :)
RESEPI PASTA SPIRAL GORENG SOS SARDIN
Bahanya :-
- 1/2 peket pasta spiral
- 1 tin kecil sardin (saya guna yg homemade)
- 1 tin sos pasta original adabi
- 1 batang karot di sagat
- 1biji tomato potong dadu
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar potong dadu
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu teh serbuk oregano
-garam secukup rasa
Caranya :-
1. Rebus pasta spiral sehingga lembut, tos kan, ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih bersama minyak zaitun, kemudian masukan sardin yg telah di hancur-hancurkan, masukan pula sos pasta adabi.
3. Kemudian masukan bawang besar, karot dan tomato yang didadukan tadi. Bila karot dah lembut dan mesra perasakan garam.
4. Kemudian baru masukan spiral yg direbus tadi. Kacau mesra kemudian taburkan serbuk oregano.
5. Apabila semua bahan telah mesra dan garam secukup rasa boleh lah ditutup apinya. Kemudian letak dalam mangkuk tabur kan daun bawang dan sup utk hiasan.
Ini bekas tupperware kakak nabilah untuk dibawa ke madrasah. Masak ni masa pagi isnin tu.. jadi boleh lah dia membawa bekal.. selalu masukkan dalam bekas besar boleh makan bersama-sama kekawannya dimadrasah.
Bila masak ni teringat nabil.. masa tu dia dikampung .. bercuti sekolah disana.. kakak nabilah baru mula cuti hari ini.. esok nak masak utk mereka lah.. sebab nabil selalu kata.. dia selalu share pasta goreng mama ni dgn cikgu.. cikgu kata kalau mama nabil masak cikgu makan sebab sedap hahahha.. cikgu sebenarnya tak makan sangat pasta goreng ni.. iyo lah nabil tu.. nak jek mama dia suruh masak lagi :D
Komentar
Posting Komentar