Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2017

Kuih Keria Gula MelakaπŸ˜πŸ’–πŸ’•

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Selamat berpuasa dan meneruskan ibadah dibulan ramadan. Semoga kita berada dalam rahmah Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. Buat kuih keria gula melaka ni sebelum puasa itu hari.. nabil dan najeeha suka sangat.. ini nak buat lagi minggu cuti ni.. insyaAllah.. saya guna keledek oren tu.. manis sangat.. Resepi saya cukup mudah kekawan.. yg penting lembut gebus hingga ke petang.. nyum.. nyum.😊 RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA  Bahannya :- 1 kg keledek(direbus dan dilenyek hancur) 3/4 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder. Caranya : 1. Keledek yg telah dilenyek tu.. sejukkan dulu ye. 2. Bila dah sejuk baru masuk kan tepung gandum yg telah diayak dgn baking powder tu. 3. Masuk tepung sikit2, uli sehingga menjadi doh. 4. Kemudian buat bulat2 seperti gambar diatas. Sehingga habis doh tersebut. 5. Kemudian goreng dengan api yg sederhana sehingga kekuningan. 6. Kemudian angkat dan tapiskan. Bahan sira gula :- 2 ketul gula melaka 1/2 cawan gul

Iftar 4 Ramadhan 2017

Gambar
Assalamualaikum Selamat petang semua, hari ini ita kongsikan resepi berbuka kami sekeluarga petang semalam. Ita masak yang simple-simple aje sebab ita masih lagi tengah mengejar nak siapkan tempahan biskut raya. Alhamdulillah sambutan seperti tahun-tahun yang lalu. Tapi ita tak boleh nak ambil banyak-banyak sebab ita buat sorang-sorang , jadi ita ambil hanya ikut kemampuan ita aje lah ya.. jadi kepada yang tak dapat ita minta maaf banyak-banyak sebab dah tak larat dah ni.. banyak sangat yang tempah. Ok kita terus aje pada menu simple ita untuk keluarga. Menu pertama nasi goreng kampung pedas. ita masak yang ringkas-ringkas aje ni. nasi goreng kampung ni kesukaan suami ita. NASI GORENG KAMPUNG Resepi Oleh :  Che Nom  Bahan-Bahan: 3 cawan nasi 6 ekor udang, dibuang kulit 2 ekor sotong, dipotong bulat 3 ulas bawang merah 3 ulas bawan putih 6 biji cili padi 1/2 ikat sayur kangkung 1 mangkuk kecil karot, didadu - ita gantikan taugeh 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar sos tiram 1 biji telur

JOM BERDOA..πŸ’–πŸ˜

Gambar
Sumber : Facebook

Iftar 3 Ramadhan 2017

Gambar
Assalamualaikum Selamat berpuasa semua. hari ni ita kongsikan menu atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga semalam.Ita macam biasa masak yang ringkas dan mudah. Apa yang pali utama di sukai oleh anak-anak dan suami. Memandangkan bulan puasa ni ita sedikit sibuk nak siapakan tempahan biskut raya, maka menu ita seringkas yang mungkin namun mengenyangkan. Ok ita pun tak boleh nak sembang banyak, nanti tak berasap pulak dapur petang ni. Jom kita intai terus menu yang mudah dan ringkas dari ita. KUE TEOW GORENG  Resepi oleh :  Dapur Tanpa Sempadan BAHAN-BAHANNYA  500 gram kue teow, cuci dan toskan 3 pokok sawi bok choy, asing tangkai dan daun, cuci, tos dan siang 2 biji telur, pukul sedikit 4 biji bawang merah, hiris 3 ulas bawang putih, cincang halus 1 keping fish cake, hiris 1/2 cawan isi udang Taugeh secukupnya 1 camca besar sos cili 2 camca besar kicap pekat Kicap cair secukupnya 1 kiub ayam maggi (optional) 3 camca besar cili kisar 5 biji cili padi, cincang halus (optional) Sedikit a

RUTIN IBU-IBU DI BULAN RAMADHAN😊

😁Mungkin fenomena biasa 😍Hargai pengorbanan mereka ⏰ kunci jam pukul 3 😡Tersedar pukul 2 πŸ˜’Termenung sekejap. 😏Nak sambung tidur takut terlajak. 😞Ralit sekejap melayan mata.. 😡Aduhai.. mengantuknya! 😴Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.' ⏰Jam bunyi kul 3 πŸ˜‘mata melekat macam kena gam 😴Tutup jam, dan tutup mata semula 😱Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! 😰Teringat nasi belum masak. 😫ting tong ting tong..kat dapur, alhamdulillah. πŸ˜…Pukul 5, siap terhidang semuanya. 😍Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur. 😟memacam ragam memasing bila dipaksa bangun. 😣Aneh gak...Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan memacam kerenah.Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja...sabo je le πŸ€—Begitulah saban hari  perjalanan Ramadhan ,rutin seorang isteri dan ibu.  πŸ’πŸ»Orang lain lena tidur. 😡Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. 😴Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali. 😘Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperl

Sahur Pertama Di Hospital...😒😌

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. Hari ini insyaAllah dah 3 ramadhan kita berpuasa.. Saya pada hari Jumaat tu bersahur di hospital kerana pagi tu Nabil muntah2 dan cirit birit sakit perut. Mulanya pergi ke klinik lepas tu doktor refer ke hospital kerana simptom nya seperti appendiks.. itu pun KPJ Klang yg kosong wardnya.. hampir pukul 6.00pm baru nabil naik ke ward.. sebelum tu mendapat rawatan di bilik emergency tu.. Pukul 6.30pm saya balik rumah sekejap utk ambil kain baju saya.. sebab nak jaga nabil di hospital.. balik tu singgah restoran.. ingatkan nak beli lauk segera.. bila telefon rumah tanya kakak 2 orang tu nak makan apa.. rupsnya kak nabilah dah masak nasi dan lauk pauk.. Alhamdulillah dah boleh membantu.. dia dah masak ayam goreng berlada, sayur tumis kubis dan kentang goreng sambal dgn udang. Itulah lauk yg saya bawa bersahur bersama susu tamar.. saya solat tarawih pun dibilik ward tu.. Hari

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah

Gambar
Assalamualaikum sudah masuk 3 kita berpuasa. Pasti perut pun sudah mula pandai menyesuaikan diri menahan lapar dan dahaga. Bulan puasa ramai yang merebut peluang untuk melipat gandakan lagi amalan. Dalam bulan yang mulia ini sahajalah kita dapat mengumpul seberapa banyak pahala untuk bekalan di sana nanti. Entahlah kita jumpa atau tidak bulan Ramadan di tahun hadapan. Dalam sibuk kita berpuasa, pasti juadah berbuka juga menjadi satu kemestian. Sebenarnya banyak pahala yang kita dapat bila kita menyediakan juadah untuk orang berbuka. Sudah semestinya tugasan itu di pikul oleh para isteri dengan penuh tanggung jawab dan penuh kesabaran. Memang menguji kesabaran sebenarnya bila kita di tugaskan untuk memasak, dalam pada kita berpuasa. Dugaan dan kesabaran itulah pahala yang berganda-ganda tau! Ok, pasti kawan-kawan ita di luar sana yang dah mula masuk dapur dan mula buka peti ais, intai-intai dan memikirkan apalah yang hendak di masakkan petang nanti. Bagi yang tak ada idea tu apakata kit

Jelly Laici Yeo's segar dan nyaman ajeee..

Gambar
Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat seluruh umat Islam walau di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah sekali lagi kita dapat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sabar dan dapat melengkapkan keimana kita kepada Allah . Bulan puasa tahun ini bersekali dengan cuti sekolah kan..? pasti para ibu lah yang paling sibuk untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur di samping melayan setiap keinginan anak-anak. Tak pe lah.. puasa setahun sekali.. masa nilah kita nak merapatkan hubungan kekeluargaan di samping menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga. Bercerita pasal bulan puasa ini, pasti menu untuk berbuka puasa adalah suatu yang sering bermain di benak para ibu. Tak tahu nak sediakan apa untuk hidangan berbuka puasa nanti.. Ok! memandangkan bulan puasa ini jatuhnya pada cuti sekolah dan dengan cuaca yang agak panas, apa kata ita kongsikan satu kudapan atau pencuci mulut yang ringkas, sangat mudah di sediakan dan ian

Sannah Helwah Mama..πŸ˜πŸ˜πŸ˜™πŸ˜˜πŸ˜šπŸ’–πŸ’ž

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. Petang tadi masa saya balik kerja .. saya lihat dia membuat sesuatu sambil menyorok2. Saya terus ke dapur utk memanaskan lauk pauk yg saya masak tu. Kemudian saya mengupas buah jambu batu dan buah lai.. buah kesukaannya. Kemudian saya bawa ke meja makan .. Nabil pun sambil tersipu malu menghulurkan kertasnya. Sambil berkata "Sannah helwah mama" saya pun mengucapkan terima kasih lantas mencium kedua pipinya.. Selepas tu saya membuka kertas yg diberikan.. sambil tu nabil berkata"ini saja yg mampu nabil berikan dan buatkan utk mama" Tersentuh hati saya mendengarnya.. saya kata "ini sudah memadai dan doa nabil yg ikhlas cukup bermakna buat mama"..lepas tu dia peluk saya.. saya pun kata lagi.. esok kita sambut besday kita sama2 ye.. bila kakak semua ada.. baru bestkan.. kemudian dia tersenyum gembira. Pagi tadi pukul 10am.. waktu rehat disekol

WW :: RAMADHAN KAREEM... SELAMAT BERPUASA..πŸ˜πŸ˜™

Gambar
Sumber : Facebook *CARA SAMBUT RAMADAN* Dari ustazah Norhafizah di IKIM. ● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini* ● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadhan Kareem*" dan org yg mendengar menjawab  *"Allahu Akram"* Maksudnya *"Ramadhan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"* ● Sambutlah Ramadhan ini dgn *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati. Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah. ● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini. ● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*