Sahur Pertama Di Hospital...😢😌

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hari ini insyaAllah dah 3 ramadhan kita berpuasa..
Saya pada hari Jumaat tu bersahur di hospital kerana pagi tu Nabil muntah2 dan cirit birit sakit perut. Mulanya pergi ke klinik lepas tu doktor refer ke hospital kerana simptom nya seperti appendiks.. itu pun KPJ Klang yg kosong wardnya.. hampir pukul 6.00pm baru nabil naik ke ward.. sebelum tu mendapat rawatan di bilik emergency tu..
Pukul 6.30pm saya balik rumah sekejap utk ambil kain baju saya.. sebab nak jaga nabil di hospital.. balik tu singgah restoran.. ingatkan nak beli lauk segera.. bila telefon rumah tanya kakak 2 orang tu nak makan apa.. rupsnya kak nabilah dah masak nasi dan lauk pauk.. Alhamdulillah dah boleh membantu.. dia dah masak ayam goreng berlada, sayur tumis kubis dan kentang goreng sambal dgn udang.
Itulah lauk yg saya bawa bersahur bersama susu tamar.. saya solat tarawih pun dibilik ward tu..

Hari sabtu malam tu dapat berita pula anak arwah boss saya arwah Haji Aidi meninggal dunia selepas maghrib.. pagi tu saya pergi ziarah sebentar.. menurut cerita umi nya.. dah siap berbuka dan solat maghrib.. masa tu tengah tunggu solat isyak.. tiba2 anaknya yg sulong tu.. Ain Athirah mengadu  sakit dada dan sesak nafas. Umi nya buat cpr juga.. lepas tu tengok muka dah pucat biru.. bawa ke hospital.. smpi di sama disahkan meninggal.. keluarga arwah ni sakit lemah jantung.. arwah hj aidi pun meninggal di IJN sakit jantung pada tahun 2013.. kemudian anak lelaki tunggalnya pada 2015 pun sakit jantung. 
Menurut umi nya dlm minggu ni nak pergi daftar di UPSI tapi Allah lebih menyayangi nya..
Semoga keluarganya tabah dgn ujian Nya ini.
Alfatihah.. 

Petang ahad pukul 2.30pm nabil dah boleh discaj... Alhamdulillah kesihatannya bertambah baik.. pagi tu doktor buat endoscopy di pubggung.. doktor kata apendiks nya kecik.. doktor bagi ubat antibiotik.. doktor kata jika sakit perut teruk boleh terus refer ke emergency. Follow up balik pada 5 Jun 2017.
Balik pada tu kakak 2 org tu kata nak berbuka mee hoon sup gear box dan kuih onde onde.. Alhamdulillah dapat berbuka puasa di rumah..
Kekawan berbuka apa smlm..


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Iftar 3 Ramadhan 2017

Orange Coktail

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..