APAM GORENG ... sarapan pagi :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua..

Pagi hari khamis yg indah... hahaha.. jgn nak bermadah yati oiii..
Pagi tu Najeeha tanya "Sarapan apa mama?"
"Entahlah , tak tahu apa nak buat ni" Jawab saya..
"Lama mama tak buat apam goreng, lagi pun sambal tumis ikan bilis mama malam tadi ada lagi" Sarannya kepada saya..
Apa lagi laju lah saya ke dapur kerana bahan2 nya semua ada, tinggal di bancuh ajer..
Masa menunggu perap tu, saya keluarkan sambal tumis semalam utk dipanaskan..
Semerbak satu rumah.. lagi lah perut digamit kelaparannya..



Semasa saya memasak tu, saya dah buat air dan sambal tumis tu dah terhidang di meja.. apa bila siap satu.. hilang satu.. siap jer hilang jer.. rupanya dua beranak tu dah kelaparan sangat.. tu yg tak menyempat tu hahaha..
Tambah hari hujan laju jer lah mereka makan.. 
"Nabil makan apam ajer tau jangan cicah sambal "kata saya..
"Baik mama, makan macam ni pun sedap" akur dia dengan perintah saya.. Dia punya anu pun dah semakin baik.. InshaAllah hari jumaat ni nak balik kampung en suami.. semoga dipermudahkan..

Resepi apam goreng ni, saya masih guna resepi yg sama, rasa serasi pulak dengan tekak kami anak beranak..


RESEPI APAM GORENG
Bahannya :-
  • 500 grm tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 peket yis mauripan
  • secubit garam halus

Caranya:-
  1. Masuk semua bahan diatas, gaulkan sekata, kemudian baru dituang air sedikit-sedikit kacau bahan tersebut sehingga tidak berketul.
  2. Perap adunan tadi selama 1 jam.
  3. Apabila adunan dah elok naik kembang, panaskan pemanggang, layerkan  dgn sedikit minyak.
  4. Kemudian sendukan adunan kedalam pemanggang dan tutup
  5. Apabila dah lima minit, terbalikan apam tadi, tutup semula.
  6. Ulang sehingga bahan habis.
  7. Siap dimakan bersama sambal ikan bilis @ sambal sardin.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk