Alhamdulillah.. Dah Pandai Siang Ikan si Chef Nabilah # Masak Pulak ASAM PEDAS IKAN BELANAK :)

Salam petang yg ceria kekawan :)

Pagi Sabtu selepas sarapan pagi tu Nabilah bertanya" Mama tengahari nak masak apa?. "Pergi tengok apa yg ada dalam peti ais tu" jawab saya. Bila dibuka tinggal ikan belanak yg belum disiang, cuma dibuang sisik ajer.. di pasar ikan kecil macam ni mereka tak siang. Jadi saya ajar dia siang ikan. Saya cakap kena buang semua darah-darah yg melekat kat ikan ni, darah kan najis, nanti kita termasak bersama najis sekali jadi haram. Dia pun mula menyiang ikan ni dalam bilik air. Yang geli hati saya dengan Najeeha ialah mulut dia yg membebel cakap kat ikan.. "eehh ikan bulih duduk diam2 tak.. susah tau gerak2 ni.." serupa macam hidup jer ikan tu dibuatnya.. Najeeha kata "mengapa kakak tu mama, cakap dgn ikan" biarkan.. janji dia suka.. 
Tak lama dia lepas tu dia bawa keluar ikan yg dah siap tu.. MasyaAllah .. bila saya lihat memang bersih dia menyiangnya.. "Pandai kakak siang ikan" puji saya.. kita kena sediakan makanan yg halal utk keluarga tau.. walaupun ikan ni halal tapi jika berdarah dia dah jadi najis tau.. dulu arwah uwan ajar mama siang macam ni lah.. (siapa nak pinang buat menantu Nabilah ni hahahha)

Lepas tu tentulah dia tanya nak masak apa kan.. saya ajar dia masak asam pedas ikan belanak ni.. dah en suami tu kan sekurang-kurang sekali seminggu mesti ada masak asam pedas ni kan.. dah kata orang Muor + Melaka.. inilah lauk kegemaran.. baru bertambah makan ~__^

Senang ajer kan kekawan asam pedas ni kan kekawan..
Jom lah intai resepinya :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN BELANAK

Bahannya :-
  • 10 ekor ikan Belanak - size macam gambar diatas
  • 2 batang bunga kantan belah 2
  • 5-7 sudu besar cili kering kisar
  • 6 Bendi kerat 2
  • 1 biji tomato kerat 4
  • Sedikit daun kesum
  • 1 sudu kecil asam jawa dengan secawan air (saya guna adabi)
  • garam
  • 3 biji bawang merah*
  • 1/2 inci Halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*(*dikisar)
Caranya :-
  1. Panaskan minyak masak didalam periuk, kemudian tumiskan bahan kisar dan cili kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukan ikan, gaulkan mesra, lepas tu masukan jus asam jawa tu.
  3. Kacau sebati, kemudian masuk daun kesum, bendi dan bunga kantan. Tunggu sehingga bahan masak dan mendidih, rasa garamnya.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas


Tengahari tu berselera lah en suami makan asam pedas ikan belanak ni.. isi ikan belanak ni kan lembut jer.. semua orang suka.. yg nabil memungut sayur bendi tu.. suka sangat dia :)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Jom bersihkan peti sejuk

BISKUT SEMPERIT GEBU

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W