Puas Dapat Makan CEMPEDAK, Goreng Pulak Ala-Ala HOTEL Gitu RANGUP.. ~__^

Salam petang yg ceria kekawan :)

Masa pagi sabtu tu sebelum pergi kenduri kahwin tu.. adalah kawan sekolah wasap kat Group Ladies tu.. Jamilah taukeh nya.. Siapa nak  oder cempedak madu .. 3 kilo RM25.00. Tengok siap dah kupas dan dimasukkan kedalam tu .. Ok lah bagi saya harga tu.. dah tentu kita dapat yg elokkan..

Petang balik dari kenduri tu saya singgah rumah Jamilah tu.. saya ambil sekali 3 bekas kerana nak bawa balik kuang sekali kan.. Sampai rumah Jamilah banyak sungguh cempedak kat rumahnya.. tanya kat dia ko jual sebijik ni berapa Milah.. Tak nak lah Ti.. aku tak jual sebiji-biji katanya takut nanti busuk atau pun isi dalamnya hanya ada 7-8 ulas jer.. sian org yg membelinya.. Ini lah ikhlasnya orang meniagakan fikir semua masalah tu akan dihadapi oleh pelanggannya.. semoga murah rezeki Jamilah sekeluarga.. rupanya hubby dia ada kebun cempedak madu ni.. jadi ambil di kebun tu lah.. kebanyakan dia jual siap yg dah kupas tu..

Satu bekas saya bagi Kak andak.. sampai rumah emak tu dia dah suruh anaknya goreng.. perghhh memang manis kekawan.. isi pun besar-besar. Satu bekas lagi saya bagi Kak Lang saya dan satu lagi saya bawa balik Shah Alam, sebab nya kami sekeluarga hantu cempedak, budak2 tu boleh makan mentah sahaja.

Petang ahad tu sebelum Nabilah balik madrasah saya goreng cempedak tu.. ikut resepi rangup ala hotel tu dia punya tepung, krap krup makannya. Nabil paling suka sekali..

CEMPEDAK GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)

1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup cempedak dan goreng dalam minyak yang panas.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk