Melenjan di GOLD COAST MORIB ~__^
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.
Pergi melenjan ke Gold Coast Morib ni pada penghujung bulan Disember 2016 yg lepas.. kesian anak2 tiada bawa ke mana tu.. jadi last minit booking kat agoda untuk ke sini.. saya ambil apartment 2 bilik.. besar juga rumah nya .. tak sempat pula nak ambil gambar apartment tu.. sebab nak masuk chek in pukul 3pm.. anak2 dah sibuk mengajak terjun kolam hahha :D
Kami sampai tu awal kekawan.. dari rumah Shah Alam tu lebih kurang 1 jam jer.. lebih kurang pukul 12 tengahari.. kononnya weekdays ni boleh lah check in awal.. tapi non hado .. sebab cuti sekolah kan.. jadi tunggu lah pukul 3pm tu ..
Jadi kami pergi lah ke tepi pantai tu untuk makan tengahari bekal yg dibawa tu.. sedap pula makan sambil ditiup angin pantai tu.. saya dah masak awal2 dari rumah.. menu hari tu.. tomyam ayam.. ayam goreng berlada.. ayam goreng kunyit.. kena ikut tekak anak.. ada yang nak pedas ada yang tak mahu pedas.. tambah lagi dengan sambal tumis udang dengan petai.. gulai nangka dengan ayam kampung, nasi dan juga tambah dengan nasi impit diregukan dengan rendang ayam dan roti untuk malam nanti juga..
Lepas makan berposing-posing lah tepi pantai tu.. anak-anak seronok bermain pasir.. tapi tak sesuai untuk mandi sebab airnya berlumpur.. masa tu dah air tengah surut.. ramai yg mencari kerang ditengah tu..
Disitu ada pulak buaian.. jadi kami bermain buai lah pulak.. dah lama tak naik buai yg talinya ikat didahan pokok tu.. hihihi..
Teruja anak-anak dan jugak mak pak nya hahha..
Selepas tu pergi juga check in dulu nanti kunci ambil pukul 3 nanti.. solat lah zohor di surau disediakan untuk orang ramai yg datang walkin mandi tu.. kata adik tu nak mandi dulu boleh jer kak.. nanti pukul 3 ambil kunci.. jadi yg mandi dulu si Nabil dengan Nabilah.. saya malas nak basah2 nanti naik ke atas.. baik letak barang2 dulu..
Okey sampai sini dulu nanti sambung ye ^___^




Komentar
Posting Komentar