AKTIVITI BERPANTANG KHATAN NABIL DGN MEMBINA LEGO
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya..
Hari ahad tu semasa nak pergi pasar Nabil pesan suruh beli permainan lego tu.. Beli pun dengan duitnya sendiri, sedekah sanak saudara yg datang menziarah. Pada mulanya nabil suruh beli kapal perang tapi dah habis, jumpa pula Fire Rescue ini. En suami kata elok beli yg ini sebab ada Lori dan Bot tu.. banyak sikit nak dibuatnya.
Saya masukan alat-alat lego yg kecil tu didalam bekas plastik ini supaya tak hilang. Kalau hilang satu, tak jadilah nanti legonya tu.
Dia dah siap cantumkan patung-patung orang tu.. sebab senang katanya.
Sudah siap bot resque ini.. buat bot ni dibantu oleh kakak Nabilah pada hari ahad tu, petang tu dah siap. Semangat lah nak bermain benda ni..
Kemudian pada hari Isnin , dia buat Lori resque ini bersama kak Najeeha pulak.. budak berdua ni buat kerja bising, kekadang bergaduh sesama sendiri, bila ada yg salah pasang atau tak lekat lego tu. Akhirnya petang tu siap juga lori tu..
Akhirnya siap kedua-duanya lego itu, diletaknya bot tu diatas lori resque tu.. sakan lah bermain pada petang itu.
Tak tahulah hari ini dia nak buat apa pula :)
p/s Malam pertama menjaga nabil berkhatan ni memang susah, tiap-tiap 2 jam bangun sebab sakit, sebelum tidur dah bagi makan ubat.. lepas tu tertidur lah dia, pukul 12 mlm bangun lagi, kata sakit, bagi makan ubat lagi, namun merengek juga sehingga pukul 4 pagi baru dia tertido balik..
Hampir setiap malam dia macam tu, masih sakit lagi pada hal dah hari ketiga tu..
Masa mandi tu suruh dia basahkan klamp tu sebab doktor suruh basahkan pada hari kedua..
Tak tahu lah macam mana nak buka pada hari ke 5 ni nanti.
Kawan kata senang bersunat guna yg leser tu, dia kata 2 hari dah kering.. anaknya bersunat guna tu, hari yg sama dengan nabil.
Sekarang dah boleh pakai seluar, nabil masih takut nak pakai seluar, kekadang kain tu pun dia tak nak pakai.. aduhai nabil.. terbogel jer dia pakai baju tutup dia punya tu :D
Komentar
Posting Komentar