KETUPAT ADABI & RENDANG AYAM BY NOXXA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya..
Pada hari family days FIL tu saya bawa ketupat mini adabi dan rendang ayam. Semua saya masak menggunakan noxxa cepat sikit. Saya masak masa hari jumaat malam sabtu..
Elok lembut dan padat masak ketupat guna noxxa ni.. selalu 1-1.30 jam baru masak.. guna noxxa ni 25 minit dah siap.. gambar yg dah potong tak sempat ambil pulak..

Cara masak ketupat adabi peket kecil guna noxxa :
- 1 bungkus ketupat mini adabi (30peket)
- secubit garam halus
-1 helai daun pandan.

Caranya :
1.Cuci ketupat, toskan.kemudian masukan innerpot dlm periuk noxxa dan masukan  ketupat dan air sehingga tenggelam ketupat tu.
2. Masukan garam dan daun pandan.
3. Tekan butang high pressure sehingga 25. Alihkan tombol kepada pressure. Tekan butang on.
4. Tunggu sehingga bunyi bif.. pusingkan nob kearah steam dan biarkan wap keluar sebelum buka penutup.
5. Toskan ketupat tu dalam tapisan.


Ini pula masak rendang ayam selepas masak ketupat tu.. 45 minit siap dah.. senang kerja sayakan.. ;) Saya masak 2 ekor ayam.. jadi kekawan gandakan bahan dibawah ye..

RESEPI RENDANG AYAM BY NOXXA.

Bahannya :
- 1 ekor ayam dipotong ikut size anda suka.
- 1 kilo santan pekat
- 150gram kerisik
- 2 btg serai di ketuk.
- 2 helai daun kunyit dihiris halus
- 2 keping asam gelugor
- 1 biji buah pala ditumbuk
- 3 helai daun limau purut
- Garam secukup rasa.

Bahan kisar :
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 3 btg serai dihiris halus
- 5 sudu besar cili kering yg telah dikisar.
- Air secukupnya.
Satukan semua baham diatas dalam pengisar dan kisar halus.

Caranya :-
1. On periuk noxxa dan tekan butang stir fry. Masukan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak. Off periuk dgn menekan butang on/off tu.
2. Masukan ayam dan gaul mesra, lepas tu masukan asam keping dan santan , kacau mesra lagi.
3. Kemudian ON periuk semula , pasang penutup rapatkan , pusing tombol pressure dan tekan high pressure set sehingga 7 minit. 
4. Bila dah berbunyi , pusingkan nob kearah steam dan biarkan wap keluar sebelum membuka penutup.
5. Oleh kerana saya hendak rendang yg kering , tekan butang stir fry tu. Bila tinggal sedikit kuah masukan buah pala, kerisik, serai dan daun kunyit yg di hiris tadi. Kacau lah sehingga kering yg dikehendaki.
6. Kemudian bila dah elok kering boleh lah di off kan periuk tu. Siap utk dihidang.

Hendak dijadikan cerita.. saya dah penat masa tu.. jadi saya minta anak dara saya dua orang tolong kacaukan rendang tu utk keringkan. Punyalah beriye mengacau sampai sedikit hancur dikerjakan.. cer tengok gambar tu.. tu mujur saya tengok cepat sebab rasa tak sedap hati.. tu lah dpt diselamatkan. Alhamdulillah tak hangus. Saya wasap gambar tu dalam group keluarga en suami.. semua kata tak pe nanti senang makan hehehe..
Alhamdulillah rasanya sedap.. jadi kat sana rendang ayam saya habis dulu. Makan dgn nasi impit dan lemang. Lemang tu kak long yg beli kat tepi jalan menghala ke Afamosa tu.. Gambar rendang tak ada pulak dgn lemang tu.. dah sedap sangat menyuap ke mulut hehehe..
Lupa nak ambil gambar. 
Demikianlah kisah ketupat adabi dan rendang ayam saya by noxxa tu ^__^

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk