My CHURROS tapi GEMUKS (~__^)
Salam petang yg ceria kekawan :)
Buat churros ni dah lama.. Najeeha yg iye nak mencuba.. jadi ikut jer lah.. lagi pun bahan-bahannya mudah dan ada dirumah pun..
Petang tu kami berdua pun godek-godek 2 orang.. sambil gelak-gelak.. iye lah orang keras tangan yg membuatnya.. gitu lah jadi kaedahnya.. Tengok dua kali pulak balogger Tun Telani post kat FB tu.. tu yg tergoda.. jadi bila dah tergoda mula teringin nak merasanya..
Bahannya :-
1 cawan air
11/2 sudu besar gula
1 1/4 cawan tepung gandum (boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka)
1 biji telur - Gred A
1/2 sudu teh garam
1sudu besar butter
Caranya :-
1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
2. Masukan tepung. Kacau cepat-cepat agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)
3. Terus masukan telur dan kacau sebati. (jadi seperti gambar diatas)
4. Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan(boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukan ke dalam piping bag) (Saya guna acuan kuih sempirit tu)
5. Tekan acuan dan biarkan doh keluarkan sepanjang 2-3 inci kemudian potong menggunakan gunting kedalam minyak panas terus di goreng. (saya buat siap-siap seperti gambar diatas, kemudian baru goreng, takut hangus nanti, susah nak kawal)
6.Apabila telah warna kuning keemasan boleh lah diangkat dan ditoskan.
7. Kemudian boleh tabur gula halus dan cinnamon jika suka, boleh juga dimakan dengan coklat.
Kami petang tu makan dengan gula dan coklat.. sedapnya krap kruk krap bila memakannya.
Jeeha kata "Makan macam tu pun sedap mama"
Tengok-tengok sekejap jer habis dua beranak ni makan..
Boleh cuba lagi lah nanti sebab sedap sangat.





Komentar
Posting Komentar