KESIAN PULAK... Meh lah Nabilah.. Mama Buatkan..
Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua..
Pada ahad minggu sudah.. saya menghantar Nabilah balik ke madrasah.. dalam kereta masa nak sampai tu Nabilah minta RM11.00 .. saya kata tanya "bayar apa ?.". "kakak ada pesan dengan kawan kakak sambal goreng tempe kacang ikan bilis mak cik dia buat.. kan akak cakap dgn mama masa mama telefon itu hari" jawab Nabilah.. Aduhai terlupa pulak saya ada kata boleh beli.
Selepas tu masa saya jemput hari Jumaat baru ni.. dia pulangkan semula duit tu.. "kenapa ?"saya tanya.. "mak cik dia tak buat sebab ada hal di kampung, so mak cik dia kena balik kampung"jawab Nabilah..
Kesian pulak mendengar cerita dia tu..
Jadi hari ahad tu, masa pergi pasar tu saya belikan tempe satu ikat, kacang dan ikan bilis dah ada kat rumah tu.. Jadi balik dari pasar tu.. mulalah saya bersilat kat dapur , nak masak makan tengahari sekali tu.. Semasa saya masak sambal goreng tempe ni , Nabilah pun tanya" banyaknya mama masak sambal goreng tempe ni" Saya jawab"boleh kakak bawa balik madrasah nanti".. bersorak gembira dia mendengarnya.. Masa saya masukkan dalam balang tu.. Nabilah menegur.. "Cantik balang ni, kakak suka" . Masa tu saya dapat hadiah kuih raya kat ofis rasanya..
Diatas tu untuk rumah pulak.. habis sekali hadap makan tengahari tu.. masa tu Nabil tak makan di meja makan.. saya suapkan dia di sofa tu.. jadi dia tak nampak lah.. Nabil pun suka sambal goreng ni.. makan ratah macam tu pun sedap kan..
Resepi saya ni cukup mudah.. ikut selera kami sekeluarga..
Jom lah intai resepi ni jika teringin :D
RESEPI SAMBAL GORENG TEMPE KACANG IKAN BILIS
Bahannya :-
- 200 grm Ikan bilis
- Semangkuk kecil cili kering yg telah dikisar.
- 200 grm Kacang tanah
- Seikat Tempe (dalam ikatan tu ada 5 tempe yg dibungkus dgn daun pisang tu, terpulanglah kekawan nak guna yg mana ye)
- 1 Biji Bawang Besar
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk bersama bawang besar tadi
- 2 sudu besar gula
- 1 batang serai - kerat 3 pastu tumbuk kasar..
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Goreng ikan bilis sehingga garing, toskan dan ketepikan.
- Goreng pula tempe sehingga garing, toskan dan ketepikan.
- Goreng pula kacang tanah sehingga kekuningan, toskan dan ketepikan.
- Kemudian tumis pulak cili bersama bahan tumbuk, serai, garam, gula ,sehingga naik bau wangi.
- Selepas tu baru dimasukkan bahan goreng kita tu tadi. Kacau sehingga mesra cili dengan bahan goreng tu dan goreng sambalnya sehingga kekeringan.
- Angkat, siap utk dihidangkan.



Komentar
Posting Komentar