Royal Cake WOW!


Hari ini ita singkap kembali tahun 2016 yang banyak kenangan masam manis yang sukar di lupakan.
Pelbagai kisah suka-duka sepanjang meredah tahun 2016. Alhamdulillah dalam kesesakkan dengan pelbagai dugaan.. persaingan... harga barang yang melambung... kos sara hidup yang semakin meningkat.. dapat juga kita redah arus ini hingga ke penghujungnya..

Alhamdulillah, tempahan kek tahun lalu juga sangat memberansangkan. Banyak sangat pengalaman baru.. dapat belajar ilmu baru dari setiap tempahan yang di pinta. Alhamdulillah.. tahun ni juga ita tak berhadapan dengan ragam customer. Semuanya sangat memahami.. sangat baik dan sangat pemurah. Ia membuatkan ita rasa cukup seronok dan sangat mencintai dunia yang ita pilih ini. Tahun ni juga.. ita banyak terima tempahan kek yang besar-besar. Berkilo-kilo beratnya hingga terpaksa tempah lapik yang lebih besar kerana saiz lapik kek yang di jual di kedai tidak sepadan. Ini cukup menerujakan, kerana ita dapat belajar sesuatu dari pengalam yang cukup berharga ini, selain ia memberikan satu semangat positif yang tak dapat di gambarkan betapa berharganya ia. Ita mengangap ianya adalah satu pencapaian yang mengukur di mana tahap ilmu yang ita ada kini..

Sebenarnya ita sukakan sesuatu yang baru.. belajar benda baru dan buat benda baru yang ita tak pernah buat. Ada kala ita sendiri tak jangka ita boleh lakukan.. ada masa nak jerit kuat-kuat... " makkkkk.... intan boleh....!!" Semangat ita berkobar-kobar setiap kali ita dapat mencuba sesuatu yang ita tak pernah buat. oleh kerana itulah tahun 2016, ita agak cerewet sedikit dalam pemilihan kek tempahan. Ita hanya ambil kek yang ita terasa nak cuba buat.. dan nak tahu samaada ita boleh buat atau tidak.. Kadang kala seram sejuk jugak.. maklumlah ianya adalah satu amanah yang kita pikul. Segala risiko adalah dalam tangung jawab kita. Tapi suami ita banyak memberikan keyakinan pada ita.. " cuba dulu.... jangan cepat mengalah "


Ini adalah tempahan terakhir ita untuk tahun 2016. Alhamdulillah syukur sangat bila ita dapat sempurnakan juga kek impian pasangan mempelai ini. Tak tidur malam ita di buatnya sehinggalah kek ini selamat di siapkan dan di hantar ke Tistle Hotel. Bedebar-debar pada mulanya bila ita terima tempahan ni. Apakah ita mampu laksanakan sebagaimana yang di hajatkan.

Sebenarnya dah lama ita berangan nak buat Royal Cake. Kek yang mewah dengan kelipan dimon dan di taburi kuntuman bunga yang berkembangan. Ita ni kan kuat berangan.... berangan nak buat kek ala-ala retis gitu... Tulah selalu sangat tengok kek artis.. tu yang makin kuat berangannya... Ita oiiii... wakeup! anak kampung yang kuat berangan ala-ala mat jenin..

Terima kasih buat Ella dan pasangan yang membuatkan impian dan angan-angan kak ita menjadi kenyataan. Terima kasih di atas segala kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Sangat mudah berurusan dengan Ella kerana adik manis kita ni memberikan 100 % kepercayaan kepada ita. Ya Allah.. terharu sungguh..


Kek entah berapa puluh kilo beratnya ini mengambil masa selama 5 hari untuk di siapkan. Mulanya ita sediakan bunga untuk hiasan atas kek yang kesemuanya 8 jenis bunga iaitu hydrenga, open peony, cala lily, orkid, blossom, briar rose, jazmin dogwood dan juga cornflower bud untuk hiasan. Kek ni tak ada daun , semuanya bunga-bunga yang ita sediakan menggunakan gumpaste. Mujur gumpaste yang ita sediakan mudah kering dan mengeras.. kalau tidak memang menangislah di buatnya memandangkan cuaca musim tengkujuh pada setiap penghujung tahun yang membuatkan ramai bakers yang tak berani ambil kek fondant kerana tak nak tanggung risiko fondant lembik dan bunga tak dapat berkembang sebagaimana yang diinginkan.


Mujur juga anak dara ita cuti sekolah, dapatlah Dalili tolong maknya siapkan bunga-bunga ni. Kalau tak mungkin terkial-kial juga ita nak buat sesorang.

Kek ni agak besar. Kek yang bawah tu berukuran 24 inc dan tingginya 6.5 inc. Dalamya adalah kek choc moist dan di salut sepenuhnya dengan fondant dan di hiasi dengan dimond. Untuk kek tingkat dua pula adalah kek red velvet, di layer dengan cream cheese dan di salut sepenuhnya juga dengan fondant dan di hiasi taburan dimond.  Tingginya pula anggaran 7. 5 inc.

Untuk 3 bahagian atas tu bukan kek ianya adalah dummy. Di hiasi dengan bunga yang ita buat gunakan gumpaste. Kek ni ita buat berasingan 2 biji kek bawah dan 3 biji kek dumy. Bawak pula asing dan sangat berat entah berapa puluh kilo agaknya. Mujur ada anak saudara ita datang membantu, kalau tak tak tahu macam manalah ita nak angkat kek yang berat tu. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, walaupun anak ita jauh namun Allah hantarkan anak orang lain untuk turut sama membantu.





Terima kasih semua, kepada pasangan mempelai dan keluarga, kepada Team Masam Manis khususnya, kepada anak-anak buah yang turut sama membantu.

Kepada pasangan mempelai di luar sana yang ingin membuat tempahan kek perkhawinan, kek hantaran, kek birthday atau jamuan. Jangan segan-segan untuk whatsapp 018 7691544

Oh ya ! ada promosi untuk pasangan mempelai yang nak melansungkan perkhawinan pada cuti sekolah bulan March nanti

Promosi ini untuk kek Khawin 2 Tier Buttercream dengan hiasan Korean Flower Buttercream sahaja.
Tempah kek anda sekarang! promosi sangat terhad hanya mereka yang membuat tempahan awal sahaja di utamakan.










Komentar

Postingan populer dari blog ini

Iftar 3 Ramadhan 2017

Orange Coktail

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..