Apabila Saya Disahkan Sakit "TIROID"
Assalamulaikum kekawan..
Pada hari Isnin tempohari saya pergi berjumpa doktor pakar bagi rawatan susulan saya masuk wad tempohari entri ini setelah 4 hari saya berkampung di situ.
Apabila jumpa dengan doktor tu saya membawa segala hasil xray dan CT Scan. Doktor kata tak perlu dah tu Yati.. saya tahu apa sakit awak. Apa sakit saya doktor. Mengikut keputusan darah ini awak di sahkan sakit "Tiroid".. Apa sakit itu doktor.. ada bengkak di kelenjer leher awak.. doktor pun memeriksa leher saya, tapi tiada bengkak, doktor kata mungkin disebelah dalam.
Sekarang awak kena makan ubat tiroid ni sekurang-kurangnya 1 1/2 tahun, terperanjat saya.. lama sungguh bergantung pada ubat..
Doktor kata awak cuba ubat ni dulu.. jika ada naik ruam-ruam bermakna ubat ni tak suai dengan awak dan berhenti makan.
Balik dari hospital saya pun google apa itu sakit tiroid dan penawarnya..
Macam2 yg saya dapat info.. sambil tu saya masuk juga kat wasap group kawan2 pejabat.. rupanya ada seorang adik tu menghidap tiroid.. mula2 dia makan ubat doktor tu tapi tiada kesan sangat , jadi bertukar kepada rawatan alternatif memakan minyak kelapa dara, habatussauda dan hemoephati, Alhamdulillah, apabila dibuat ujian darah, tiroidnya semakin baik.
Apa itu tiroid?
Tiroid adalah satu kelenjar endokrin yang mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makanan. Hormon tiroid berfungsi mengawal metabolisme badan.Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir keseluruhan badan serta merbahaya pada kesihatan. Penyakit ini selalunya lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.Tiroid terbahagi kepada dua iaitu:
1. Hipertiroid
* Kadar hormon tiroid berlebihan dan terlalu aktif. Hipertiroid berpunca daripada penyakit auto imun. Hipertiroid berlaku apabila kalenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang banyak.Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
- Bengkak di leher
- Cirit birit
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Gementar dan gelisah, terketar-ketar
- Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
- Kesuburan turun
- Penumpuan kurang
- Mata terbonjol
- Angin yang tidak menentu
- Kejang otot
- Oesteoporosis (kereputan tulang)
- Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
- Suhu badan naik
- Turun berat badan walaupun selera naik
- Lemah
2. Hipotiroid
* Berlaku disebabkan penyakit auto imun atau Hashimoto selepas seseorang individu menjalani pembedahan. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapt dihasilkan dengan baik.Tanda-tanda orang yang menghidap Hipotiroid
- Keletihan
- Kelesuan atau pergerakan lambat
- Depresi mental
- Mengalami masalah ingatan
- Berat badan meningkat
- Sembelit
- Intoleran sejuk
- Rambut dan kulit menjadi kering
- Kelihatan bengkak di sekeliling mata
- Haid yang banyak
Pelbagai pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiroid ini. Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiroid dan kelenjar adalah penyakit yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah, ianya disebabkan oleh lebihan hormon.
Walaupun pakar berlainan pendapat tentang penyakit ini, niat dan tujuan mereka tetap satu, iaitu untuk mengetahui dan mengubati penghidap penyakit tiroid dan bengkak kelenjar.
Biji Aprikot Pahit Rawatan Alternatif Tiroid
Bukan biji aprikot sahaja yang boleh mengecutkan tiroid, tumor atau sebarang jenis kanser atau ketumbuhan sel yang abnormal tanpa kawalan.
Durian belanda, bidara, belalai gajah, kunyit, lempoyang, kunyit putih, kunyit mangga, arabic gum, VCO (fermented VCO) juga boleh digunakan.
Tiroid bukan kanser tapi adalah aktiviti sel dalam kelenjar tiroid yang berlebihan sehingga kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroid T3 dan T4 lebih daripada paras normal..
Dari segi pathology tiroid boleh berlaku dalam 2 keadaan, samada hiperplasia (sel bertambah dari segi kuantiti) atau hipertropy (sel menjadi besar). Kedua keadaan ini menyebabkan kelenjar membesar dan meningkatkan aktiviti sel.
Aktiviti sel yang abnormal atau luar kawalan ini ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam DNA sel tiroid. Rawatan secara holistik alternatif yakni non-supresif melibatkan perubahan sel, tisu, organ, sistem, tubuh malah sampai tahap DNA sel.
Apa yang berlaku dalam rawatan non-supressive ini agak komplex melibatkan jaringan dan hubungan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ melaui isyarat bahan biokimia, peredaran darah, salur limfa, sistem imun dsb.
Ia memberi kesan secara langsung atau tak langsung yang spesifik atau non-specific kepada fisiologi organ, fungsi sel, perubahan pathology atau penyembuhan.
Dibawah adalah antara kesan yang berlaku semasa membuat rawatan non-supressive (aprikot, herba-herba, homeopati, diet therapy, alternative treatment) :
1. Apoptosis iaitu bahan aktif dalam aprikot yang menyebabkan sel tiroid abnormal mati sendiri (Auto atau self cell death). Ia sangat spesifik iaitu hanya membunuh sel abnormal sahaja meninggalkan sel sihat hidup (tak seperti kemoterapi yg membunuh semua sel abnormal dan sihat). Ini ada kaitan dengan DNA transkripsi yang dicetuskan bahan aktif dalam aprikot yang menghasilkan protein yang repress (membunuh) sel tersebut. Kemungkinan peranan bahan aktif micro RNA yang ada dalam aprikot atau bahan aktif aprikot yang boleh regulate micro RNA yang terlibat dengan cell regression yang mengakibatkan apoptosis.
2. Buah aprikot boleh membersihkan darah, sel, sistem limfa, dan organ-organ perkumuhan. Penyingkiran bahan toksik ini daripada tubuh dapat mengembalikan aktiviti sel yang normal termasuk aktiviti DNA. Pengumpulan bahan toksik berlebihan dalam badan boleh mengubah tahap micro RNA tertentu yang boleh mengubah transkripsi DNA.
3. Membetulkan peredaran darah dengan lebih berkesan.
4. Membersihkan sistem limfa untuk mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan.
5. Membersihkan organ-organ perkumuhan untuk mengoptimumkan fungsi organ berkenaan dan menyingkirkan bahan buangan.
6. Meningkatkan sistem imun (specific and non-specific T-cell, B-cell i.e limfosit, leukosit) untuk mengawal dan membunuh sel tiroid abnormal.
7. Cytotoxic bioactives (herbal chemotherapy) yang membunuh sel abnormal secara langsung.
8. Anti-oxidant yang meneutralkan radikal bebas yang boleh mencederakan sel-sel sihat. Setiap bahan herba dan makanan asli mengandungi bahan aktif (micro RNA, bahan yang boleh mengawal micro RNA, cytotoxic bioactives, anti-oxidant, pyhto-nutrient) yang berbeza samada kualitatif (molecular structure) atau kuantitatif.
Diet penghidap tiroid
Disamping itu diet juga sangat penting dalam rawatan tiroid bagi mengurangkan simptom hipertiroid seperti debaran jantung, panas badan, kadar metabolisma badan yang tinggi dan paras hormon T3 dan T4.
Makanan yang perlu dielakkan pesakit Tiroid
1. Makanan berkafein: kopi, minuman herba dan tenaga berkafein, teh..
2. Herba kuat yang bersifat stimulant yang meningkatkan metabolisma, suhu tubuh dan denyut jantung seperti akar kayu tongkat ali, ginseng, kacip fatimah, rancang besi dsb.
3. Minuman dan makanan kesihatan mengandungi herba dan akar kayu, ubat tradisional, ubat yang bersifat panas, perangsang seks, meningkatkan metabolisma dan suhu tubuh: kopi herba, maajun herba, viagra, sexual stimulant.
4. Segala jenis hydrogenated vegetable oils/fats (HVO): trans fat, non-diary creamer, majerin, shortening, minuman 3 in 1, minuman all in one, minuman berperisa, kek, paste, krim. HVO yang menyebabkan sel darah merah melekat yakni 'cell agglutination' yang mengakibatkan paras oksigen darah dan tubuh menurun. Ini meningkatkan beban kerja jantung lebih ketara (untuk mengepam darah ke kapilari dan sel-sel periferi) yang memang sudah sedia kuat denyutannya dalam hipertiroid kerana ia boleh merosakkan otot jantung dalam jangka masa panjang, sesak nafas dsb.
5. Makanan segera, daging lembu, makanan banyak bahan kimia dan vaksin seperti burger, nuget, sosej, ayam goreng segera. Ia boleh meningkatkan pertumbuhan sel abnormal tiroid.
6. Kurangkan makanan deep fry (bergoreng), minyak recycle, makanan dalam tin, highly refined processed foods.
Sumber: Herbadanpemakanan.com
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/05/herba-rawatan-terbaik-merawat-penyakit.html#ixzz3rjMt1k6C

Komentar
Posting Komentar