NABIL MASUK JAWI... Nabil Tak Nangiskan Mama ^__^
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Disinilah tempat saya bersunat esok :) |
Pada hari Jumaat 27 November 2015 diadakan solat hajat dan doa selamat untuk Program Khatan Perdana Masjid Seksyen 7 pada 28hb November 2015. Pada malam tu Nabil pergi bersama en suami dan kakak-kakaknya. Saya tak ikut kerana kepenatan. Program ni kerjasama MPP Zon 3 dan masjid. Hanya RM50 utk bayaran berkhatan ini.
Muka gembira dua orang sepupu tu, kami teman adik makan sarapan dimasjid tu, disediakan nasi lemak dan kuih muih. |
Esok pagi Sabtu , seawal pagi pukul 6.45am kami telah keluar rumah, en suami kata kena daftar awal sebab ramai budak yang berkhatan, 73 orang, baik kita daftar awal sebab dia ikut nombor utk bersunat tu. Alhamdulillah Nabil dapat nombor 6 dan Denny nombor 7, en suami daftarkan sekali kerana adik saya dalam perjalanan katanya. Lepas daftar pergi sarapan dulu, sebenarnya masjid dah ada sarapan tapi pukul 7.30am nanti. En suami kata jom lah sarapan capati dulu.
Lepas sarapan, masuk semula ke dewan solat utk dengar ucapan dan taklimat berkhatan. Kata imam tu, pengalaman berkhatan ini hanya sekali jer seumur hidup bagi lelaki. Jadi jangan takut kerana ia satu kenangan yg tak akan dilupakan. Pandai imam ni memujuk anak-anak ni.
Lepas tu doktor pula bagi taklimat, apabila doktor tu menunjukkan alat smartklamp tu .. ternganga budak dua orang tu menengoknya. Doktor tu bagus, kata alat ini memang canggih, dia tak sakit bila berkhatan.. Senyum lega budak2 mendengarnya. Nabil kata "macam punting susu lah mama" tergelak saya mendengarnya.
Habis taklimat mereka diarak menaiki kereta Hilux yg di sponsor oleh Kelab Hilux ini.. Kemain gembira mereka berdua ni. Mereka diarak pusing satu taman perumahan tu. Nabil kata orang yg lihat tepuk tangan mama, lepas tu kita orang pun lambai2 tangan kat mereka. Seronok sangat.
Sementara mereka diarak dengan Hilux tu, pasukan bomba pun bersiap sedia utk acara seterusnya iaitu mandi dari pancutan air bomba ini. Ini yg selalu di tanya oleh Nabil kepada abahnya.. "Ada bomba datang tak abah, pancut air kat kita orang nanti masa berkhatan tu".. "Mestilah ada, abah dulu berendam di sungai aje "Jawab abahnya .. tergelak kakak dua orang tu mendengarnya.
Sekembali mereka dari berarak tu, mereka terus disiram diatas Hilux itu, tak perlu turun dan berkumpul dibawah. Lagi lah mereka suka, meriah sangat saya tengok. Bila air bomba di pancut , mereka melompat-lompat kegembiraan, ditambah lagi air yg bertakung didalam Hilux tu.. Apa lagi sakan mereka berkubang. Adik ipar kata" melompat-lompat lah korang suka nanti kena potong".. ~__^
Selepas membersihkan diri dan menukar pakaian, masuk semula ke tempat menunggu berkhatan tu. Lima orang telah masuk didalam tu, selepas budak pertama keluar , kami semua bertepuk tangan bagi semangat, tak kedengaran pun bunyi menangis. Baguslah anak-anak ni.
Selepas itu nombor Nabil di panggil, kemudian di turuti oleh Denny , tapi mereka tidak sebelah menyebelah pula. Denny berada ditengah , dua katil dari Nabil. Tenang jer Nabil berbaring diatas katil. Saya pula yg gementar. Mulut kumat kamit membaca doa utk Nabil. Sebelum tu dah pesan suruh Nabil selawat dan baca ayat2 yg imam ajar tadi semasa taklimat tu.
En suami mententeram kan Nabil, tapi tengok dia steady je pandang doktor tu.
Masa ni doktor nak bius, en suami dah menunggu diatas kepala pulak, hembus-hembus kepala baca doa kat dia. Tengok tenang jer tu, tapi en suami kata , berkerut juga muka masa dibius tu, lepas bius jalan terus doktor pasang klamp tu dan potong .
Alhamdulillah, selamat Nabil berkhatan, muka blur lagi tu, abah dia dan doktor senyum jer.. good nabil tak nangis..
Saya jadi jurufoto jer lah..
Selepas keluar dari bilik berkhatan tu mereka mendapat goodies , didalamnya ada tuala kecil, bunga telur dan pulut kuning.
Mendaftar disini pula untuk temujanji dgn doktor untuk membuka klamp tu selepas 5 hari. Iaitu pada hari khamis di Klinik Danial, Taman Cahaya Alam.
Selepas tu Denny pula keluar, masih ada senyum diwajah mereka. Alhamdulillah selamat mereka berkhatan. Selepas ni untuk menjaga mereka pula dalam pantang berkhatan ni.
Selepas itu, adik saya terus pulang kerumahnya. Muka mereka pun dah kepenatan dan mungkin juga ada rasa sakitnya.
Sampai dirumah terus siapkan tempat rehatnya, semestinya didepan tv, boleh lah dia berehat disitu. En suami menggantung talinya di lampu tengah rumah tu, punya lah panjang talinya..
Kemudian doktor ni bagus, mereka membuat group whatapps utk bersunat itu untuk ibubapa membuat sebarang pertanyaan. Doktor itu ada memberi cara-cara penjagaan khatan Smartklamp ni..
Saya copykan disini.. semoga bermanfaat pada mereka yg ada anaknya bersunat guna kaedah yg sama.
1.Makan ubat tahan sakit seperti diarahkan
2.Jangan mandi dlm tempoh 24jam setelah berkhatan
3.setelah melepasi tempoh 24jam mandi seperti biasa & biarkan smartklamp itu terkena air.
4.setelah mandi letakkan krim yg diberi di kawasan luka
5.utk cuci air kencing ambil picagari & sedut air biasa & semburkan melalui corong.cuci hingga bersih.
6.jgn takut utk kencing, mula2 mmg sakit..nanti kencing yg berikutnya insyaallah tak pedih
Alhamdulillah , berjalan lancar program berkhatan yg pertama kali diadakan di masjid ini, serta ibubapa dan anak-anak berpuas hati dengan program ini.
Komentar
Posting Komentar