Dah lama kita tak makan western mama... pinta mereka ~__^
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..
![]() |
| Nabil pilihannya Lamb Chop Combo.. Tersenyum riang dapat mkn yg diinginkan.. |
Pada hari sabtu yg lalu selepas balik dari Kuang tu dah petang, kami balik selepas solat asar.. jadi dalam perjalanan tu saya kata nak singgah beli lauk jer lah, masak nasi dirumah.. lepas tu budak bertiga tu mencadangkan lah utk makan yg western.. tengok jam di kereta pukul 5.00pm.. Jadi tempat pilihan kami adalah Polperro Steak di Seksyen 7.. itu cadangan kak Nabilah sebab dia kata sedap dia pernah makan dgn abah.. jadi terus ketempat yg dituju..
Kak Nabilah ni semestinya spaghetti cabonarra dia tu.. tengok tu punya banyak boleh dihabiskan.. kalau dah suka tu kan..
Najeeha ni pun peminat kambing dia ambil Lamb Chop Black Pepper.. memang puas hati makan sebab daging nya besar pastu ada dua slide tu..
Yang ni saya punya.. Mushroom Soup dan Garlic Bread..
Suka sangat kat sini sebab services dia tersangatlah cepat .. tidak menunggu lama utk dapat makanan.. Lepas tu harga berpatutan.. Saya bungkuskan juga en suami.. Lamb Chop Black Pepper yg diminta..




Komentar
Posting Komentar