SUP IKAN MERAH.. hari kedua berpantang khatang Nabil

Salam petang yg ceria kekawan..

Pergi pasar pagi ahad tu memang cari lauk utk Nabil semasa berpantang khatan ni. Cari juga ikan haruan tapi tak jumpa lah pulak. Kena pesan kata adik tu baru dia carikan dan bawakan.
Jadi beli jer ikan-ikan yg tak gatal tu utk lima hari nabil berpantang.

Nabil ni penggemar sup memang suka lah dia, bertambah-tambahlan dia makan nasi pada tengahari tu. Lepas tu nak bersuap pulak tu.. tak pe lah.. masa ni lah nak beri perhatian pada dia kan :)

RESEPI SUP  IKAN MERAH


Bahannya :-
  • 1 ikan merah yg sederhana besar (saya suka beli yg kecil begini, isinya lembut)
  • 5 cawan air
  • 1 biji karot merah
  • 1 bungkus sup bunjut
  • minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah (tumbuk semua bahan hingga lumat)
Bahan Tumis 
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bwng putih-hiris
  • 2 biji bwng merah-hiris
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis.
  2. Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga bau wangi.
  3. Masukkan air, biarkan mendidih,masukkan ikan dan kacau rata.
  4. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan. Letakan sedikit serbuk lada hitam.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. 
  6. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Iftar 3 Ramadhan 2017

Orange Coktail

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..