Bila Teringat ANAK .. tentu nak simpankan..
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua..
Bila teringat anak yg tiada untuk menikmati makanan yg dia suka, tentu hati seorang ibu akan tersentuh.. tambahan dia pernah cakap dgn saya sewaktu mengambil Nabilah dari madrasah.. "Mama malam tadi kakak boleh mimpikan , mama masak Yee Mee Sizzling, sampai meleleh air akak" Kata Nabilah.. Kesian saya mendengarnya.. masa balik terus bila barang2 bahannya terus masakan..
Jadi sewaktu hari Khamis minggu sudah sebelum nabil berkhatan , saya pergi ambil repot kad dorang, ambil cuti halfday, jadi semasa dalam perjalanan balik tu boleh najeeha cakap, mama hari ni mama masak Yee Mee Sizzling boleh tak.. Saya pun teringin juga dah lama juga tak menikmatinya..
Jadi masa tengah masak-masak tu teringat pulak kakak Nabilah , tu yg simpan dalam tupperware untuk dia balik hari jumaat nanti..
![]() |
| Pinggan saya ni.. amboi mewahnya :) |
Sekarang dah semakin mahal Yee Mee Sizzling Hot Plate tu kat Food Court, kawan kata dah RM7.00, baik kita buat sendiri kak puas hati makan.. Lagi pun nak masak dia punya lah senangkan..
RESEPI YEE MEE SIZZLING MUDAH
Bahannya :-(3-4 orang makan)
- 1 bungkus Yee Mee (dlm nya ada 6 keping)
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cendawan Shitake potong 4
- 2 keping dada ayam
- 3 biji cili kering di potong 1 inci
- 2 sudu besar Sos Tiram
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1/2 inci halia - hiris nipis
- 6 tangkai sawi
- 1 kiub ayam
- serbuk lada hitam
- 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
- Minyak bijan
- Minyak masak utk menumis
- Garam secukup rasa
(Saya gandakan bahan diatas utk makan 5 beranak kami ni )
Caranya :-
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukan ayam yg telah dipotong hingga empuk
3. Masukan 2 cawan air
4. Masukan pula sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. Masukan cendawan . Masakan 5 minit.
6. Masukan bancuhan tepung jagung dan kacau.
7. Titis kan beberapa titis minyak bijan.. jgn banyak sangat.
8. Masukan garam.. rasa masinnya.. jika secukup rasa . ketepikan.
9. Didalam pan lain, saya tak ada Hot Plate jadi guna jer Non Stick Pan tu. Letak Yee Mee dan tuangkan kuah yg telah di masak tadi kedalam sehingga tertutup yee mee.
10. Kemudian letak sayur sawi, kacau sebati, jika suka boleh di pecahkan telur.
11. Bila telur dah tiga suku masak boleh lah diangkat dan dihidangkan.
Petang tu dinner kami anak beranak adalah Yee Mee Sizzling ni..
Puas tengok mereka makan, kenyang kemain .. apa tak satu ketul yee mee tu utk seorang.. pastu letak ayam dan cendewan banyak2.. aduh nikmatnya.. kata Najeeha..
Petang jumaat saya ambil Nabilah tu, saya cakap ada simpan utk dia Yee Mee Sizzling.. nanti akak masak lah.. suka bukan main dia.. sampai rumah terus dia ke peti ais mengeluarkan kuah sizzling tu.. terus dimasaknya.. tak menyabar memakannya oleh Nabilah.. boleh lagi adik 2orang tu .. nak juga..




Komentar
Posting Komentar