CARA SOLAT SELEPAS BERKHATAN ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Kisah nabil berkhatan datang lagi :) Alhamdulillah dah sihat pun dia tu, cuma nak cerita macam mana dia menunaikan solat selepas berkhatan itu hari, masa mula-mula tu dia solat duduk atas kerusi, gambar yg diatas selepas seminggu lebih dah boleh solat seperti biasa.. cuma nak tunjuk macamana dia pakai kain pelikat ketika solat tu.. Abah dia kata ikat kain pelikat tu kat tengkuk nabil nanti mudah nak solat dan kain tu tak kena kat anu nya yg di cut tu ~__^.
Diatas pandangan dari belakang..


Sekarang gambar Nabil solat dari pandangan sisi (seperti gambar diatas), bila di tengok kain pelikat tu jadi mengelembong, jadi tak lah tergesel , bila pergerakan solat dilakukan.. tengok pun macam mudah jer nabil solat tu.. Alhamdulillah semoga dia menjadi anak yg soleh dan sentiasa menjaga solatnya.. anak-anak ni walaupun dah tahu solat tapi kita kena bimbing juga.. selalunya selepas solat maghrib ada penilaian solat dan bacaan dalam solat.. teringat kata-kata ustaz saya dulu, pisau kalau selalu digunakan tumpul juga kan.. begitu juga bacaan kita.. kekadang ada kesalahan yg kita tidak perasan.. InshaAllah nanti saya kongsikan buku penilaian solat dan tertibnya.. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk