IKAN KERAPU KUKUS... Lauk berpantang Nabil hari ini..


Inilah lauk pantang Nabil hari ini.. ikan kerapu kukus..mengambil kira juga komen Kakzakie blogger Titisan Nurani , takut juga beli makanan kat luar utk Nabil, tak sesuai dan membuat dia alergi dgn makanan tu.. saya ni sejak sakit Tiroid cepat sgt colaps.. segala sendi jadi lemah.. menggigil satu badan jgn cakaplah.. memang terbaring jer saya ni..
Jadi pagi ni saya dayakan juga utk masak lauk nabil.. yg kami punya beli aje diluar..
Tengok Nabil punya tu dah baik.. tak bengkak dan merah lagi. Semoga cepat sembuhlah Nabil ni.. Isnin saya mula bekerja, siapa pula nak menjaga Nabil nanti. Itulah yg menjadi kerisauan saya.

Saya masak kukus ikan kerapu yg mudah sahaja. Tengok berselera jer dia makan. Alhamdulillah..

RESEPI IKAN KERAPU KUKUS 
Bahannya :
2 ekor ikan kerapu kecil.
1 inci halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Lobak merah
Daun sup
Garam

Caranya :
1. Gaul halia,bawang putih yg di tumbuk bersama garam pada ikan tersebut.
2.Panaskan pengukus, masukan ikam yg digaul kedalam mangkuk.
3. Kemudian masukan lobak merah dan daun sup. 
4. Kukus ikan sela 20 minit. Siap utk dihidangkan.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk