Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Semalam saya pergi follow-up sakit tiroid saya tu.. memandangkan pada 2 minggu sudah iaitu 13/1/2016 bacaan darah saya tidak begitu menggembirakan jadi doktor suruh saya datang lagi 2 minggu utk check darah dan buat ultrasound tiroid. Alhamdulillah untuk bacaan darah Thyroid Function kembali NORMAL..
Thyroid Stimulating Hormone 0.60 mIU/L (0.27-4.20) bacaan inilah yg naik mendadak 2 minggu sudah tu yg doktor risau..
Free T3 4.5 pmol/L (3.5-6.5)
Free T4 13.5 pmol/L (9.025-25.0)
Alhamdulillah.. itu yg keluar dari mulut saya bila doktor menunjukan keputusan itu kepada saya. Kita kena berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menyembuhkannya.
Ini pula keputusan ultrasound di leher saya tu.. keputusan pun alhamdulillah .. tengok ulasan Dr Ahmad Afkhar yg buat ultrasound tu " Several small well defined hypoechoic lesions in both thyroid lobes, likely begin in nature"
Gambar ultrasound ni pun tunjuk dan terangkan semakin normal . Alhamdulillah..
Alhamdulillah.. saya tak perlu lagi telan ubat ni banyak2.. doktor suruh makan 1 biji jer sehari.. sebelum ni 6 biji sehari..
Lepas tu berat badan saya sudah naik ke 51kg semalam, 2 minggu sebelum ni 48kg.. terperanjat Dr Aizan.. perkembangan yg baik katanya 2 minggu dah naik 3 kilo.. hahaha orang sibuk nak kurus saya sibuk nak menaikan berat badan.. saya nak back ke BMI yg ideal iaitu 58kg.. teringat komen Kakcik di blog hainom Okje.. bila saya kata saya ni dah tinggal rangka.. Kakcik kata dulu dia turun sampai 20kg.. sekarang biarlah gemuk kata kakcik asalkan tak telan ubat banyak-banyak.. komen kakcik tu menaikkan semangat saya utk segera sembuh dan tak perlu telan ubat banyak2. Terima kasih kakcik memotivated saya :)
Disamping itu saya ambil makanan tambahan iaitu B17 biji aprikot, VCO dan Teh daun belalai gajah.. itulah usaha saya.. Bermula berdoa kepada Allah, berusaha dan bertawakal kepada Nya utk menyembuhkan..
Komentar
Posting Komentar