AYAM SAMBAL BALI VIRAL.. emmm dapnya ;)
Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Saya masak ayam sambal bali ni pada hari sabtu yg lalu.. teruja bila dia viral di FB.. pastu group wasap Baker Mania post.. wei sedap ni.. dah dua kali masak.. lagi lah saya terujakan..
Perghhh memang sedap weyyy.. terasa wangi serai dan daun kari tu.. pastu sambalnya lemak pedas manis tambahan ada masin dari belacan tu.. semua perisa terasalah kat tekak tu.. yg boleh nasi dipinggan bertambah.. apa lagi kalau bukan si hero saya Nabil tu.. hari-hari ayam tak apa kat dia tu ;)
Jom lah tengok resepi yg mudah dan sedap ni kekawan.. saya percaya ramai blogger yg dah mencubanya..
RESEPI AYAM SAMBAL BALI
Bahannya :-
- 1/2 ekor ayam (potong ikut besar yg suka)
- 6 batang serai dititik
- 4 tangkai daun kari ceraikan dari tangkai
- 1 sudu besar kicap lemak manis
- Gula melaka (saya guna satu ketul yg kecik tu)
- 3/4 cawan cili kisar
- 5 biji bawang besar *
- 8 ulas bawang putih *
- 1 inci halia *
- sebesar ibu jari belacan * kisar bersama bahan bertanda*
- minyak masak utk menggoreng.
Caranya :-
1. Kunyit dan garamkan ayam, kemudian goreng sehingga habis. Ketepikan.
2. Guna minyak goreng ayam tadi, kurangkan sedikit, sesuai utk menumis.
3. Goreng serai dan daun kari tadi sehingga kekuningan dan berbau wangi..
4. Masukkan bahan kisar dan cili kisar tumis sehingga terbit minyak.
5. Kemudian masukan kicap dan gula melaka tadi dan secukup rasa garam.
6. Apabila sambal dah sebati masaknya masukan ayam goreng tadi. Gaul sehingga sambal mesra dengan ayam goreng tadi.
7. Siap utk dihidangkan.
P/s hari ni saya ada temujanji dgn doktor pakar, mengenai sakit tiroid saya ni.. semoga keputusan yg baik-baik sahaja.


Komentar
Posting Komentar