Family Days FIL di A'FAMOSA Villa Melaka..
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya..
Pada 23-24 Januari 2016 keluarga FIL mengadakan hari keluarga di A'Famosa Villa di Melaka. Disamping itu menyambut hari lahir bagi bulan Januari.. Adik ipar dan Kak Long dah sampai dulu.. kemudian Kak Ton dan Abg Noor sampai..sempatlah mereka berkaraoke dulu.. kata utk malam karang kena test suara dulu ~__^
Kami adalah keluarga ketiga yang sampai.. lebih kurang pukul 4.00pm macam tu.. anak2 apa lagi bila nampak pool itulah yg diterjahnya dulu kan.. Tengok Nabil dan Nabilah.. dia lah yg mula merasmikan kolam ni.. puaslah berenang2 dalam tu ..
Kemudian sampai pula mak itam dan keluarga, abah dan mak cik yg diambil oleh adik ipar saya di Felda Bukit Jalor , mak andak, mak ngah dan keluarga, semakin ramai memenuhilah rumah tu..
Masa petang tu dah mula acara BBQ .. mula membakar ayam, kambing, udang, sotong, sosej , ubi bakar..
Disamping tu kami membawa potluck juga, mak itam membawa nasi lemak sambal sotong, mak ngah pula nasi tomato dan ayam masak merah, mak andak mee goreng dan saya bawa nasi impit dan rendang ayam.
Bagi menyambut kelahiran bulan Januari adalah Along 21 Januari dan Mak Cik 23 Januari.. Selamat hari lahir buat mereka berdua, semoga usia dirahmati Ilahi, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..
Tema malam tu adalah "ALOHA" tengoklah anak2 dikepalanya ada bunga dan emak2 pula memakai selendang bunga dan bapa2 pula baju bunga2 .. masa adik ipar saya bagi tahu tema Aloha di wasap group semua org pakat gelak sebab sama pulak dengan tema hari lahir Kak Mah.. wanita no 1 negara kita tu ~__^
Tengok Nabil orang sibuk memotong kek didalam rumah dia boleh pulak turun mandi kolam lagi bersama pak itam dan Uncle Saifulnya.. penyudahnya pukul 10pm saya suruh dia naik.. dah naik kecut dalam kolam tu..
Tak banyak sangat gambar saya ambil sebab saya dah colaps.. baring jer dalam bilik.. sekejap saya keluar.. pukul 10pm saya dah tido.. dah tak larat sangat penatnya.. Sebab malam tu saya habis merendang pukul 12pm.. Sabtu saya ada kursus setengah hari di ofis. Balik dari kursus pukul 12.30pm terus gerak ke Melaka.. mahu tak penat badan saya ni..
Pagi tu mereka sambung lagi mandi kolam tu.. dah sudah2 anak2 ni.. selagi tak balik .. memang berendam jerlah dalam kolam tu.. pukul 11am saya dah suruh mereka naik sebab pukul 12pm dah nak check-out.. kena lah berkemas semua kain baju dan barang2 semua kan..
Ini jer makanan yg sempat kakak Nabilah ambil :D
Pagi tu ada juga yg dah nak gerak awal balik.. nak pergi kenduri kahwin katanya.. jadi posing2 lagi sebelum balik.. kebanyakan gambar ni saya ambil dari wasap group keluarga en suami..
Akhir sekali sebelum balik bergambar lah.. gambar yg diatas tu bersama anak menantu dan cucu.. cucu yg tiga orang (anak saya lah tu) tak ada dalam gambar.. sebab dah kepenatan mandikan..
Gambar dibawah pula FIL bersama 9 orang anaknya 4 lelaki 5 perempuan.. Semoga dengan adanya program sebegini akan bertambah eratlah ukhuwah kekeluargaan..












Komentar
Posting Komentar