Memiliki ruang kerja di rumah adalah menjadi dambaan semua. Namun kadang kala ruang rumah yang agak terbatas, dengan keluasaan bukaan yang sempit selalunya membantutkan rancangan untuk memiliki ruang kerja sendiri. Sebagai suri rumah sepenuh masa, seorang ibu, dan meminati dunia dekorasi kek, ruang kerja adalah sangat-sangat ita perlukan. Ianya adalah supaya lebih mudah didalam melakukan tugasan, lebih teratur dalam penyimpanan bahan dan ianya sangat praktikal dan membantu memudahkan segala urusan. Selain daripada dapur yang merupakan ibu pejabat ita setiap hari, ruang kerja adalah tempat yang paling ita suka lepak. Di sinilah ita banyak menghabiskan masa dengan melayari internet, bersembang dengan rakan-rakan alam maya, mendengar lagu yang ita minati di samping melakukan aktiviti deko kek yang di pesan oleh teman-teman. Ramai yang beranggapan, memiliki ruang kerja memerlukan modal yang besar. Perlukan ruang atau bilik khas untuk merialisasikan mimpi indah. Namun percayalah jika a...
Komentar
Posting Komentar