PECUTAN AWAL UPSR 2016 - Format Baru KSSR

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg bai jua hendaknya.

Pada hari Ahad 10/1/2016 berpagian saya dan Najeeha di Perpustakaan Tun Uda Shah Alam untuk menghadiri Seminar Pecutan Awal UPSR untuk menerangkan format baru KSSR ni.. inilah mama yg dah kilauan emas ni macam tu lah.. tak mampu saya nak mengajar anak2 dengan format baru ni dan sungguh mencabar. Dah lah mereka ini tahun pertama dengan KSSR ini kan.. macam PT3 itu hari lah.. Apabila diterangkan oleh cikgu tersebut untuk UPSR ni formatnya seperti PT3 ada soalan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) soalan begini lah yg menguji minda anak-anak ini berfikir..

Alhamdulillah kami sampai awal jadi boleh lah Najeeha duduk di hadapan senang dia nak fokus dan nampak apa yg ditulis oleh cikgu didepan tu. Kami sampai pukul 7.30am, pendaftaran buka pukul 8.00am, jadi sarapan dulu nasi goreng kampung dengan keropok yg saya masak pagi tadi.. dengan minuman Smart Coco yg menyegarkan. Lepas tu terus naik atas tingkat 2 utk pendaftaran. Sampai diatas ada beberapa orang keluarga telah mendaftar. 
Seminar bermula pukul 9.00am.

Lencana ni kena pakai sentiasa sebab utk makan tengahari kena tunjukan. ehe.. di sekolah memang kekawan dia panggil Syaza.. jadi dia beritahu kakak bertugas tu tulis nama tu..

Ini Cikgu Eyna, cikgu ni mengajar Sains dan menerangkan format-format baru untuk Sains. Semasa ni sesi dengan ibubapa, sesi dgn ibubapa bermula pukul 6.15pm selepas anak-anak habis seminar tu. Ibubapa disuruh semak semula latihan  yg anak kita buat dan Cikgu Eyna menerang apa kesilapan yg anak kita cara menjawab soalan itu. Saya pun rasa susah juga soalan KBAT ni.. banyak yg perlu difikir dengan teliti dan simbol-simbol baru sains tu perlu kita peka.

Ini pula Cikgu Shiela , guru matematik, banyak formula dan teknik menjawab matematik yg mudah untuk dijawap oleh anak-anak. Najeeha mengakui, mana yg pernah pergi Teknik Sifir Cikgu Shiela ini, dengan pantasnya mereka menjawab. Masa ni pun sesi ibubapa, Cikgu Shiela menerangkan kesilapan yg anak-anak kami dalam menjawab, lepas tu penggunaan # ni.. jangan sesekali anak-anak menggunakan ini kerana simbol ini adalah jalan kerja terakhir dan jawapannya, jika anak-anak terlupa satu jalan kerja yg lain lepas membuatnya semula dan jawapannya betul tetapi pemeriksa kertas akan mengambil kira # yg anak kita tanda tu. Sebaik-baiknya jangan dibuat kerana kata Cikgu Shiela pemeriksa akan mencari sendiri jawapan dan akhir jalan kerja yg anak-anak tu buat.

Inilah modul buku yg digunakan semasa seminar tu, cikgu-cikgu memberi soalan-soalan yg popular keluar dan lebih-lebih lagi bagi soalan KBAT tu.. Lengkap dalam tu tips dan nota-nota mengenai Sains dan Matematik.


Diakhir seminar tu mereka diberikan sijil penyertaan. Alhamdulillah dapat lah ilmu yg baik pd hari itu. Selesai program lebih kurang pukul 6.45pm. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Jom bersihkan peti sejuk

BISKUT SEMPERIT GEBU

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W