PERGI KE SEKOLAH KERANA ALLAH..

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Bagi ibu-ibu yg anak nya baru melangkah ke Darjah 1 .. Tingkatan 1 dan bertukar sekolah ke asrama penuh tentu kesibukan kan.. Semoga urusan kekawan dipermudahkan Allah jua..
Saya hari ini tak bercuti pun.. bagi adik2 dan kekawan yg ada anak yg baru masuk alam persekolah cuti .. :)
Semalam petang saya dah hantar Kak Nabilah balik ke Madrasah.. pagi ni hantar budak dua orang tu ke sekolah macam biasa.. tiada nak bergambar2 bagai hahaha.. Yuran sekolah dan buku sekolah semuanya saya dah settlekan sebelum buka sekolah di Pejabat sekolah SRI Al Hanna.. 
Semoga mereka mendapat ilmu yg barakah dan diredhai Allah..




Persekolahan akan bermula buat anak-anak kita...Semuga Allah muliakan kalian. Aamiin.

Hari ini  pertama sekolah.
Ushakan anak anak cucu cucu SOLAT SUBUH sebelum ke sekolah. Dan masa kejut anak sebut nama Allah contoh: bangun kakak dah subuh. Kalau kita solat subuh, Allah sayang kita.
(Sebut Allah atau solat masa kejut anak)

Kalau dulu kita kejut: bangun kakak, cepat.kakak nanti lambat pergi sekolah, nanti cikgu marah.

Tiada ALLAH dalam kejut anak kita...lama2 anak-anak tidak  kenal Allah, tidak takut Allah.

Ajar anak anak pasang niat nak pergi sekolah. Ajar mereka:
Ya Allah aku pergi sekolah kerana Engkau, tolong aku ya Allah.

Nanti Allah sentiasa tolong anak anakkita, allah fahamkan ilmu kpd anak -anak kita, Allah susun hidup anak anak kita.

Hari-hari tanya anak: hari ini pergi sekolah kenapa nak? Pastikan dan didik dia agar dia jawab:
KERANA ALLAH MAK..

Allah akan jaga anak anak kita yakinlah...
Hanya perkongsian buat teman-teman.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk