Salam JUMAAT Penghulu Segala Hari.. ^__^
*tazkirah pagi
❤ Hari ini, bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri di mana sahaja yg kita suka.
🌹 Selepas itu kita ke almari dan pilih baju, apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka.
🌹 Kita ke almari solek, kita boleh pilih, apa wangian yg kita kita mahu.
🌹 Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid, samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..
🌹 Selepas sembahyang, kita boleh pergi ke mana sahaja, kita nak pergi, kedai kopi, shopping ataupun terus pulang ke rumah...
🌀 TETAPI...
😭 Suatu hari nanti...
💔 Kita tidak mampu nak mandi dan kita akan dimandikan..
💔 Kita dah tak boleh pakai pakaian yang kita suka KECUALI kain kapan yg berwarna putih..
Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...
💔 Dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...
💔 Selepas disembahyangkan, kita dah tak boleh pergi mana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaitu TANAH PERKUBURAN...
💔 Diwaktu itu, barulah kita tahu dan sedar bahawa, apa yang ada selama ini adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yang kita selama ini terpedaya dengan keindahan DUNIA.
😍 "Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh,
(3) dan yang berpesan-pesan pada kebenaran,
(4) dan yang berpesan-pesan pada kesabaran".
🌀~ Surah Al-'Asr.
P/s : silakan share kepada saudara se-ISLAM kita ..
Sumber : Whatsapp.
Komentar
Posting Komentar