Biar RUGI di Dunia Asalkan UNTUNG di Akhirat ~ KWSP 11% --> 8%... Kenapa perlu pilih 8% ?

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg sihat hendaknya..

P/S saya ulang semula entri saya semalam untuk hari ini untuk perbincangan.. sesiapa yg ada pandangan yg untuk dikongsi boleh tulis diruang komen.. HR saya bagi tempoh sehingga 25 Febuari 2016 untuk staff membuat pilihan..


Salam petang yg ceria kekawan :)

Tengahari setiap hari Khamis ada kuliah zohor di pejabat saya. Ceramah selalu diadakan di surau pejabat selama 30 minit. Dalam ceramah itu ustaz yg bertugas di Sektor Syariah di tempat kerja saya ini telah menyentuh isu kadar penurun caruman pekerja..

Setelah ustaz bermusyarah bersama 2 orang lagi panel mereka memutuskan untuk dicadangkan kepada pekerja untuk memilih 8% ini kerana pelaburan yg dilaburkan oleh KWSP ada yang tidak mengikut syariah.. seperti surat dibawah. 


Jadi supaya kita tidak terus melabur kepada pelaburan yg haram dengan pengurangan ini kita dapat mengelak utk melabur 3% kepada KWSP. Ustaz kata ambilah duit dan simpanlah ditempat lain yg halal syariah. Yang pertambahan cukai yg terpaksa dibayar , rebetkan kepada pembelian buku atau sedekah yg boleh ditolak cukai seperti wakaf. Ini diambil kira kerana pada tahun 2018 kita akan diwajibkan semula mencarum 11% itu tidak boleh nak dibuat apa.. terpaksa akur pemerintah.


Saya ada terima kiriman wasap kawan bila saya share ceramah yg saya dengar zohor tu pada mereka.. dorang pun bagi pendapat masing2, salah satu print screen diatas tu..

Saya ada membuat entri semalam rugi-oooo-kekawan-cer-baca
Bila memikirkan kata-kata ustaz itu saya memilih 8% dan menambah potongan simpanan di tabung haji. Itu adalah jalan yg terbaik supaya saya UNTUNG disana.





Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk