KETAM GORENG TELUR ASIN MUDAH ... emmm dapnyaaa ~__^
Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya..
Saya mencuba resepi ketam goreng telur masin ni masa hari ahad yg lalu.. takut nak oder kat restoren kata mencecah RM50 seekor ketam goreng telur masin ni .. tengok saiz lagi tu.. seram saya dengar.. jadi marilah kita merajinkan diri untuk memasaknya.. kata tekak nak makan kan .. so kena lah ko rajin yati oiii hehehe..
Jadi ini lah projek saya dengan cef Nabilah hari tu.. kami pergi pasar pagi tu pun bertiga beranak perempuan jer.. Nabil dan en suami pergi sukan bola tampar yg dianjurkan penduduk taman ni.. hanya utk kaum lelaki jer..
Balik pasar terus siang semua benda dan bersihkan.. kemudian cari resepi tengok dalam my resepi paling mudah hehehe.. dah saya kan nak yg mudah dan cepat dimakan.. oleh kerana pertama kali mencuba saya buat setengah bahan jer.. kalau sedap baru ulang lagi..
Jom kita intai resepi yg mudah ini :)
RESEPI KETAM GORENG TELUR MASIN
Bahannya :-
- 3 ekor ketam (potong dua)
- 10 biji cili api - dihiris (boleh ikut kepedasan sendiri)
- 4 biji bawang putih - dihiris
- 2 biji bawang merah - dihiris
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu besar butter
- 5 biji telur masin - direbus
- 1 sudu kecil gula
- 4 sudu besar susu cair
- 3 sudu besar tepung jagung
- garam secukupnya
- lada sula
- minyak utk menggoreng
Caranya :-
- Rebus telur masin sampai masak. Asingkan telur kuning dan putih dan hancur-hancurkan (seperti gambar diatas)
- Bersih ketam, potong 2 bahagian, goreng dengan tepung jagung yg dicampur garam dan lada sula. Goreng sehingga kuning dan asingkan.
- Panaskan kuali masukan butter, tumis bawang putih, merah, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
- Masukan telur asin yg telah dihancurkan tadi , memula masuk kuning telur tu kemudian baru masukan yg putih telur,gaul sekejap, masukan susu segar, gula dan lada sulah, perasakan semuanya.
- Kacau sebati, tunggu kuah tu sampai sedikit berbuih, masukan ketam goreng tadi, kacau rata bersama ketam.
- Siap untuk dihidang.
Hari itu saya buat juga sup ketam utk Nabil, takut dia tak makan yg saya masak tu, rupanya beriya dia makan dengan abahnya. Mereka habis perlawanan bola tampar tu pukul 11.00pagi, sampai rumah dah pukul 12.30 tengahari elok saya dah siap masak semua lauk-pauk. Teruslah hidang lauk pauk tu.. ternyata memang sedap kekawan Ketam goreng telur masin ni. Rasanya boleh mengulang lagi buat resepi ni, tengok semua orang suka :)



Komentar
Posting Komentar