Assalamualaikum kekawan.. Selamat bercuti dihujung minggu.. moga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. Saya dah beli acuan kuih samperit ni tapi tak tahu bila nak buat hihi😆 sekali tu keluarlah pulak resepi kuih semperit gebu gebas di FB.. naik semangat nak buat semula.. jom lah kita gi beli bahan2.. 😁😊 Biskut Semprit Gebu Bahan-bahan ( 200 Biji ) 200 gm marjerin/butter 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastard 1 cawan tepung jagung 1/2 (setengah) cawan gula 1 biji Kuning Telur 1 sudu esen vanila Hirisan buah Ceri secukupnya Pewarna Kuning Telur Cara-cara :- Pukul marjerin dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila dan Pewarna Kuning. Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung Kastard sedikit demi sedikit. Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150C S...
Bilakah tarikh terakhir anda membersihkan peti sejuk? Peti sejuk adalah tempat menyimpan bahan makanan terutamanya yang mempunyai jangka hayat yang pendek dan mudah rosak. Oleh itu adalah menjadi kemestian untuk kita senantiasa memastikan peti sejuk kita bersih dan makanan yang tersimpan di dalamnya kekal segar dan terhindar dari tarikh lupus. Tahukah anda bahawa peti sejuk hendaklah selalu di bersihkan. Paling rajin seminggu sekali.. kalau tak sempat 2 minggu sekali.. kalau tak rajin sekalipun.. sebulan sekali anda harus pastikan peti sejuk hendaklah di bersihkan. Peti sejuk boleh dikatakan sebagai jantung dalam rumah kita. Ia sangat-sangat di perlukan dalam keluarga kerana di situlah tempat kita meletakkan segala macam makanan yang kita makan setiap hari. Oleh kerana itu, kita haruslah senantiasa memastikan peti sejuk kita senantiasa berada dalam keadaan bersih dan segar supaya makanan yang di simpan di dalamnya juga terhindar dari pencemaran, kualitinya senantiasa terjaga, ...
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi minuman yang enak, segar dan nyaman dan pasti di sukai ramai. Minuman orange coktail ini bukan sahaja sesuai untuk di sediakan sebagai pembasah tekak di bulan Ramadhan, malahan ianya amat sesuai untuk di hidangkan pada tetamu di Hari Raya nanti. Bukan itu aje.. ianya sesuai untuk di sajikan pada jamuan rumah terbuka, majlis kenduri-kendara atau jamuan ringan di pejabat atau di rumah. Minuman yang sangat mudah di sediakan, cepat dan ringkas dan rasanya cukup segar dan nyaman. Ita selalu sediakan minuman ni bila ita buat jamuan ringkas di rumah. Ianya bukan sahaja minuman malahan boleh ita katakan sebagai dessert yang ringan untuk tetamu. Selain buah-buahan coktail anada juga boleh letakkan jelly dalam minuman ni. Sediakan jelly kjosong atau jelly oren, dadu kecil atau parut halus, letak dalam minuman ni.. pasti terasa liut-liut bila di nikmati. Ita tau pasti ramai yang dah tak sabar kan.. nak tahu resepinya. Jom ita kongsikan ORANGE COKTAIL Orange Su...
Komentar
Posting Komentar