Kek berhantu???..



Chocolate Cheese Lava.. ooo.. inilah kek yang di katakan berhantu dan menjadi kegilaan ramai dan dah viral seantaro negara.
Wow! hebat penangan kek yang satu ini..
Kek yang juga di katakan ibu duit dan di jadikan sumber pendapatan bagi sebilangan suri rumahtangga dan bakers-bakers hingga di gelar kek berhantu kerana permintaan yang sangat tinggi di kalangan para pelangan dan peminat kek coklat cheese.

Tak dapat ita pastikan dari mana munculnya dan siapa yang menjadi pelopor hingga menjadi satu fenomena kini.
Hinggakan ita juga tak sanggup hanya melihat ia lalu lintas di halaman wall fb ita setiap hari.
Keinginan mencuba dan merasa begitu meluap-luap! sedap ke ?.. tak sabar nak cuba!



Hari ini ita kongsikan resepi yang hebat ini.
Resepi ini ita ambil dari Fb Chef Asma di Sini
Kalau resepi Chef Asma siapalah yang ingin menolaknya! Tiada siapa yang dapat menyangkal lagi kehebatan Chef yang telah banyak membantu suri rumah, ibu-ibu tunggal, wanita mahupun anak-anak remaja yang menyukai bidang masakan. Rata-rata ramai yang telah berjaya membina kerjaya dalam bidang masakan bermula dari menuntut ilmu dari Chef yang menjadi kesayangan ramai ini.
Tidak kiralah samaada menjual kuih talam, roti, pastry, kek ataupun biskut.

Sebagaimana yang seringkali ita ulang-ulang kata.. Jika nak menuntut ilmu .. pergilah pada yang pakar.
Kemunculan kelas-kelas masakkan dewasa ini bagaikan cendawan lepas hujan. Tidak kiralah kelas masakkan ataupun belajar secara online. Sebagai penuntut ilmu.. kita haruslah bijak dalam memilih siapakah guru yang dapat menjadikan kita hebat dalam bidang yang kita minati. Kita yang menentukan hala tuju masa depan kita. Oleh itu sekali lagi ita ingatkan pilihlah guru yang sememangnya pakar dalam bidang mereka. banyak chef-chef yang hebat yang bersedia membimbing anda. Chef Asma , Chef Amer, Chef Arm, Chef Obi adalah antara chef yang hebat yang harus anda dapatkan ilmu daripada mereka. Chef Asma sendiri banyak mengendalikan kelas masakkan yang merupakan ibu duit! Yuran kelas yang mampu milik di samping ilmu yang tidak akan anda perolehi dari guru-guru kelas masakan mee segera yang  bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan.

Ok! ita pun dah tak nak sembang banyak-banyak.. dah tak sabar nak kongsikan kek yang hebat ini!
Jom ikut ita masuk dapur, kita mulakan projek mengukus kek!


CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Rujukkan : Chef Asma Nordin


KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor


2 biji telur Gred A

Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan


1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan


* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab

* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.

Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.

Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..

Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.

Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar

Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese



KRIM CHEESE

250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )


Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul


COKLAT LELEH

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )


Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
Biarkan coklat mencair
Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
Biarkan sejuk


Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )


Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar)  dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.

Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair

Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
Sedia di nikmati


Apa tunggu lagi...
Jom kita menjamu selera..


Wow!
Lelehan coklat dan cheese... yang yummy!
Emmm..... sedapnyaaa...
Kek coklat yang sangat moist.. rasa yang sangat kaya dengan coklat
Cheese yang sangat yummy! 
Terbenam gigi bila mengigitnya.. 
Rasa coklat yang sangat mewah!
Lelehan coklat dengan haruman vanilla dan Hazelnut yang nenusuk ke kalbu..
ya Allah.. hebat anugerah kurniaan Mu..
tida siapa mampu menidakkannya..


Memang berhantu!!
Satu scope lagi.... plsss...







Komentar

Postingan populer dari blog ini

Iftar 3 Ramadhan 2017

Orange Coktail

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..