Pistachio Rose Cake


Assalamualaikum..
Lama rasanya jari jemari ni tak mengetuk papan kekuci ni.. Rindu nak sembang panjang macam dulu.. rindu nak main masak-masak dan tangkap-tangkap gambar macam dulu... tapi apakan daya, kesibukkan dan keterbatasan waktu seringkali menghambat. Insyaallah ita akan cuba luangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog kesayangan ita ni. Semoga apa yang di kongsikan dapat memberikan sesuatu yang positif buat semua peminat dunia masakkan.



Seperti yang ita janjikan di Fb ita, kini ita kongsikan resepi yang di nanti-nantikan semua. Maaf kalau lewat bersiaran, ita kena siapakan tempahan kek yang akan di hantar petang ini. Namun dalam kesibukkan mengejar waktu... dapatlah ita penuhi permintaan rakan fb yang meminta ita carikan resepi Pistachio Rose Cake. Katanya nampak sedap sangat kek bertambah menyelerakan hiasan dan taburan mawar yang melengkapi penata hiasan deco kek yang simple dan elegent ini.

Dah lama ita teringin mencuba, setelah mendapat permintaan dari adik ni.. bahan pun ita dah beli... resepi pun ita dah jumpa. Tapi masa terlalu mencemburui.. hingga ita terpaksa menunda dari sehari ke sehari. Namun ita harap setelah ita kongsikan, tertunailah hajat adik kita ni..

Seperti yang ita katakan tadi, kek ni sedap dan rugi jika tak cuba. Ia seakan kek carot, tapi tak ada carot lah.. di gantikan dengan pistachio atau kek victoria sandwich yang di letakkan pistachio untuk menambahkan kelainan.



Resepi kali ini ita ambil dari blog Dima Sharif . Tapi ita olah ikut kesesuaian citarasa tempatan. Ita kurangkan sukatan gula, kerana kebiasannya kek mat salleh ni agak manis medu...  boleh potong kaki wak!
Untuk krimnya pula ita menggunakan resepi cream cheese. Untuk garnish ~ Broken Caramelised sugar-pistachio Barks, ita tak buat. Pada yang rajin boleh lah buat pasti lagi berseri hiasan kek anda nanti.

Ita rasa ramai yang dah tak sabar menanti ni... Jom kita teruskan pada bahan-bahan yang kita perlukan


Pertamanya kita mestikan kena sediakan kacang Pistachio. Kacang ni kita bakar sekejap dalam oven. Suhu 160 bakar dalam 10 minit atau hingga kacang kita masak. Bila dah masak, biarkan sejuk sebelum kita cincang kasar. 

Selain Pistachio bebagai hero, pasti rose adalah heroinnya. Ros water atau air mawar anda boleh dapatkan dari kedai bakery atau kat supermarket pun ada jual. Bunga rose kecil atau rose kering tu anda boleh dapatkan dari kedai Cina jual tea atau kedai ubat Cina. Atau ita beli di Cold Storage.

Dalam resepi Dima menggunakan sugar syrup , sebaliknya ita gantikan dengan golden syrup untuk bau dan rasa yang lemak memikat.

Dima juga meletakkan serbuk buah pelaga. Kalau suka boleh letak kalau tak suka tak payah letak, atau kalau nak gantikan dengan serbuk kulit kayu manis pun boleh rasanya.

Setelah dapat bahan utama, jom kita mulakan


ROSE PISTACHIO CAKE
By : Dima Sharif

Mula-mula kita sediakan dulu kek Pistachio

PISTACHIO CAKE

200 gm unsalted butter ~ suhu bilik ( lembut )
120 gm gula caster ~ gula ni ita dah kurangkan sukatannya
175 gm Pistachio ~ di bakar ( ita bakar 200 gm, 175 utuk kek dan bakinya larikan untuk hiasan )
140 gm tepung naik sendiri
1 1/2  sudu teh serbuk buah pelaga
1/2 sudu teh baking powder
4 biji telur ~ gred A
4 sudu besar air mawar
1 cawan sugar syrup ~ ita gantikan dengan 3/4 cawan golden syrup


Pistachio di bakar sebentar dalam oven suhu 160 selama 10 - 15 minit
Angkat dan sejukkan
Kemudian di cincang kasar
Satukan butter dengan gula dan pukul dalam mixer hingga lembut dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan putar lagi 
Masukkan golden syrup dan putar lagi
Masukkan air mawar dan terus putar 


Ayak tepung bersama baking powder
Satukan tepung bersama pistachio dan letakkan serbuk pelaga ( jika suka )
kacau rata

Tuangkan adunan tepung dan kacang dalam adunan butter dan kaup balik rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tuangkan dalam loyang 8 inci yang telah di lapik dan di grees dengan sedikit butter
Bakar dalam oven dengan suhu 170 selama 30 minit
Setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai

Sementara tunggu kek kita sejuk, kita sediakan krimnya pula


CREAM CHEESE

50 gm coklat masakkan putih
350 gm cream cheese
150 gm Non dairy Whipping Cream
45 ml air
11 gm gelatin
50 gm gula icing
1 sudu teh pes lemon


Taburkan gelatin pada air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin secara double boiler atau masukkan dalam microwave
Cairkan coklat masakkan putih secara double boiler atau masukkan dalam microwave
Satukan coklat masakkan dengan gelatin, gaul rata dan ketepikan
Pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula icing dan pukul adunan rata
Tambahkan pes lemon dan adunan gelatin dan coklat dan pukul sebati


Dalam bekas lain, putar non dairy whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream dan cheese dan kaup balik rata
Masukkan dalam piping bag
Ketepikan

Dah pun siap, sekarang kita sediakan pula bahan untuk hiasan kek

Bunga rose kering ~ boleh beli di Cold Storage atau kedai sengsey
Filing ~ terpulang nak letak filing apa, strawberry, rasberry atau bluberry
Pistachio cincang sebagai hiasan


Potong kek kepada 2 kepingan
Letakan 1 keping kek atas lapik kek
Letakkan cream cheese
Letakkan pula filling dan ratakan
Tutup dengan sekeping lagi kek
Ulang proses yang sama hingga habis
Hiaslah kek dengan taburan bunga ros dan kacang pistachio yang di cincang tadi
Simpan kek dalam peti ais sebentar sebelum di hidangkan


Yum.. yum.. yum...
Dapnyaaaaa....





Komentar

Postingan populer dari blog ini

Iftar 3 Ramadhan 2017

Orange Coktail

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..