Jom bersihkan peti sejuk
Bilakah tarikh terakhir anda membersihkan peti sejuk? Peti sejuk adalah tempat menyimpan bahan makanan terutamanya yang mempunyai jangka hayat yang pendek dan mudah rosak. Oleh itu adalah menjadi kemestian untuk kita senantiasa memastikan peti sejuk kita bersih dan makanan yang tersimpan di dalamnya kekal segar dan terhindar dari tarikh lupus. Tahukah anda bahawa peti sejuk hendaklah selalu di bersihkan. Paling rajin seminggu sekali.. kalau tak sempat 2 minggu sekali.. kalau tak rajin sekalipun.. sebulan sekali anda harus pastikan peti sejuk hendaklah di bersihkan. Peti sejuk boleh dikatakan sebagai jantung dalam rumah kita. Ia sangat-sangat di perlukan dalam keluarga kerana di situlah tempat kita meletakkan segala macam makanan yang kita makan setiap hari. Oleh kerana itu, kita haruslah senantiasa memastikan peti sejuk kita senantiasa berada dalam keadaan bersih dan segar supaya makanan yang di simpan di dalamnya juga terhindar dari pencemaran, kualitinya senantiasa terjaga, ...







Komentar
Posting Komentar