PERINGATAN :: Mesin Dobi Dan Pengering...
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Musim hujan dah bermula.. jadi mula lah kain baju yg dibasuh tak keringkan kekawan..
Jadi jalan penyelesaian nya kita pun pegi lah ke kedai dobi untuk mengeringkan.. rupa-rupanya ada risikonya.. cer baca yg dibawah.. semoga kita semua sentiasa berhati-hati ye kekawan.. peringatan untuk saya juga..
PERINGATAN!
Mesin Dobi n pengering.
Musim cuaca kurang menentu ramai yang menggunakan dobi layan diri 24jam. Dah basuh mesti guna mesin pengering sebab cuaca kejap-kejap hujan.
Jika nak guna mesin pengering, jika boleh ELAKKAN berada dalam kedai dobi tersebut..sila duduk jauh sikit dari mesin. Kerana ramai yang tidak mengetahui bahawa mesin pengering menggunakan gas LPG untuk memanaskan mesin bagi cepat kering.
Contoh:
Letupan yang berlaku itu adalah kebocoran gas dan berlaku litar pintas disebabkan penggunaan melebihi tahap maksimun.Semoga kita semua dijauhkan segala kejadian tak diingini.
Sumber ws group.
Komentar
Posting Komentar