ROTI PURI SEDAP😆☺

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu kekawan.. masa tu tengok FB.. keluar pulak resepi roti puri tengok macam sedap je..
Jadi kita save dulu kat sini nanti rajin buat ye :)


Roti Puri for breakfast...
Resepi Roti Puri
Sedappp n sangat mudah

2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil yis kering *
1 sudu kecil gula*
3 sudu besar minyak masak*
1/2 sudu kecil garam*
3/4 cawan air panas mendidih
Air biasa jika perlu.. kalau doh keras sgt...  kalau x.. x perlu yer

Caranya;

1. Satukan bahan yang bertanda * gaul sehingga berderai.

2. Masukkan air panas, uli selama 3-5 minit.

3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong ( jangan besar sangat) dan perap selama 30 minit. Tutup dengan kain.

4. Canaikan atas pencanai biar leper. Jangan leper sngt.

5. Panaskan minyak dn goreng. Untuk bagi kembong kena curah minyak atas roti ye.

Boleh di cicah dengan apa2 je kuah.

Sumber : Facebook

p/s Saya bercuti sehingga minggu depan, balik kampung, jadi entri ni auto publish. Nanti kalau rajin saya BW ye:)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Iftar 3 Ramadhan 2017

Orange Coktail

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..