TATACARA SOLAT ORANG SAKIT
Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yang barokah, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.
"Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan solat/sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak)".(Al-An'aam 6:72)
Walau dalam apa jua keadaan kita , solat jangan ditinggalkan, itulah tanda pengabdian kita kepada Allah kerana kita adalah hamba Nya..
Bila tengok gambar diatas, pakaian adalah pakaian dihospital, teringat dulu menjaga almarhum abah dan almarhumah mak, bila masuk waktu solat, maka tolong mereka untuk mengambil wuduk utk bersolat, saya guna spray ajer membantu mereka berwuduk, masa tu almarhum abah boleh duduk lagi diatas katil, jadi almarhum solat duduk seperti gambar yang pertama tu.
Berlainan dengan almarhumah mak, yang sakit strok, jadi ajar mak cara-cara solat terlentang tu dengan menggunakan isyarat mata, kekadang katil hospital boleh turun naik, jadi kami naikkan sedikit untuk memudahkannya solat, begitu juga dirumah, kami belikan katil begitu untuk memudahkan untuk menjaganya, sebenarnya katil tu dari almarhum abah.
Semoga kita semua dapat menjaga bersolat kerana kita itu lah perkara yang pertama ditanya di akhirat kelak.
p/s Sumber gambar : Facebook
Komentar
Posting Komentar