GULAI NANGKA DENGAN AYAM 😊😧

Salam petang yang ceria kekawan..

Gulai nangka ni masak masa nak pergi bercuti ke Gold Coast Morib tu dan nangka muda ni pun .. FIL yg dah siap resbuskan masa balik cuti Maulidur rasul tu .. punya lah lama terperap kan ceritanya.. lagi pun dah lama saya tak makan gulai nangka dengan ayam kampung tu.. jadi pulun sungguh2 makan di tepi pantai Morib tu.. bertambah 2 pinggan nasik dibuatnya hihihi.. mujur lah memang nak naikkan berat badan.. ni baru naik 3 kilo.. nak naik kepada BMI yg sepatutnya ni.. baru nampak ok sikit tak lah cengkung sangat muka tu kan..

Masa balik tu nangka yang dah masak dah tak ada.. jadi dapat lah nangka muda .. jadilah mak oiiii.. nak nangka masak beli aje kat pasar tani shah alam tu nanti hihihi..
Resepi saya cukup mudah kekawan .. jom intai :)

RESEPI GULAI NANGKA DENGAN AYAM KAMPUNG 


Bahannya :-
  • 1/2 ekor Ayam Kampung dipotong kecil
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*ditumbuk)
  • 1 biji kelapa (asingkan santan pekat semangkuk)
  • Nangka muda yg siap direbus
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg perahan yg kedua kedalam periuk, bahan ditumbuk, ayam . Kacau pelahan-pelahan sehingga mendidih sehingga ayam empuk dan masukan garam
  2. Kemudian masukan serai, daun kunyit dan asam keping.
  3. Selepas tu masuk kan santan pekat, nangka rebus. kacau perlahan, rasa masinnya, angkat bila sudah masak.
  4. Siap untuk dihidang.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk