Suara TANGISAN Sendu Di CORONG TELEFON 😢😢 :'(
Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Pada petang selasa 7/2/2017.. terima panggilan telefon daripada Najeeha di asrama.. baru cakap.. hello mama.. huwa huwa terus menangis .. panik sekejap saya dibuatnya.. saya pujuk dia.. kenapa menangis ni.. janganlah menangis.. kan semalam cikgu kata budak tingkatan satu mana boleh menangis.. bukan budak darjah satu kan.. pujuk saya.. apa masalah ni .. cuba cerita dengan mama.. hanya suara tangisan sendu di corong telefon..
Saya biarkan dia menangis.. kemudian baru dia berkata" Jeeha tak ada kawan.. tak tahu macam mana nak basuh baju" .. "Ok, macam ni lah , Jeeha simpan baju yg dah dipakai tu dalam beg plastik, nanti esok mama datang ye" balas saya. Bila mendengar saya nak dtg terdengar suara yg sedikit ceria, "Pukul berapa mama nak datang" soal najeeha, "InsyaAllah, pukul 10am mama sampai waktu rehat kan" balas saya..
"Esok mama cuti sebab ada appoinment doktor pukul 11am, sebelum tu mama singgah sekolah jeeha ye" sambung saya.
Esoknya pukul 9.30am saya dah sampai di sekolahnya.. tunggulah dia keluar pukul 10am.. saya tak tahu dia ditempatkan kelas mana..
Bila keluar kelas tengok dah ada kawan.. senyum ajer.. senang hati saya tengok dia.. dah dibungkusnya baju kotor tu.. sebelum tu saya singgah beli KFC untuk memujuknya.. saya suruh dia makan bersama kawannya..
Kemudian saya tanya dah tahu ke rumah sukan.. dah tahu katanya.. rumah kuning.. pergilah saya membeli baju sukannya di koperasi sekolah.. bila lonceng berbunyi masuk.. salam dan cium saya kiri kanan.. baru lah saya pergi ke DECM untuk appointment slip disc saya ni..
Hari khamis cuti Thaipusam.. saya datang lagi.. sebelum tu pagi dah telefon.. tanya bila nak datang.. saya kata pukul 3pm ye sebab mama nak tunggu baju kering dan mama nak siapkan kain songket untuk pakai hari jumaat..
Jadi petang pukul 3.30pm saya sampai sebelum tu singgah dominos sebab telefon kata nak makan pizza.. saya layan ajer lah kan.. janji tak menangis sudah hihihi.. masa sampai tu dah tunggu kat pintu pagar hahhaha.. anak oh anak.. saya suruh dia hantar baju dalam dorm dulu.. pastu mari kita makan pizza sama-sama... dekat pukul 6.00pm baru balik..
Pada hari sabtu saya menghadiri mesyuarat PIBG sekolah..pukul 11am dia telefon saya.. mama dah habis mesyuarat ke.. belum pukul 12 tghri baru habis .. pukul 12 tghri telefon lagi.. belum selesai lagi.. kata padanya pergi makan tengahari nanti beli mama dah siap.. mama gi dewan makan kalau jeeha dah siap makan tunggu mama kat bangku dekat garaj kereta tu ye..
Lepas habis mesyuarat jumpa lah dia kata situ.. nak bagi baju kotor yg dipakai 2 hari tu .. mujurlah sekolah dekat sayang oiii boleh lah mama datang tengok ko ni :D
Minggu lepas Najeeha tak boleh balik tetapi kakak Nabilah boleh balik.. jadi hari ahad tu pepagi dah pergi pasar nak masak cepat dan makan tengahari bersama dia disana. Suka sungguh dia bila kami datang.. pukul 11.30am kami telah sampai.. terus nak makan kerana tak sempat sarapan pagi kerana terlewat bangun.. lepas subuh dia kepenatan katanya.. sebab malam tu tidur pukul 12.30mlm sebab ada belajar pengurusan jenazah dan dia jadi jenazah katanya.. berani Jeeha kata kakak Nabilah.. tak ada apalah.. kain yg balut kita tu lembut saja..
Masak lauk kegemarannya.. ketam goreng, sambal tumis udang, sotong goreng tepung (yg ini kak nabilah yg masak) lepas tu gulai ketam dengan pucuk ubi. Buah saya bawa dragon fruit dan mangga lemak manis. Air teh O kegemarannya..
Abahnya sampai pukul 12.30tghri sebab pagi tu keluar sekejap jumpa kawan.. banyak makan najeeha hari itu.. sebelum tu dah cakap, mama jangan balik cepatnya.. tolong dia buat homework matematik dulu.. lepas siapkan homeworknya baru kami balik dalam pukul 1.30pm.. dia pun nak pergi surau sebab dah nak zohor.. kami balik sampai rumah dah azan zohor, petang janji nak jumpa dia lepas asar dalam pukul 5.30pm sebab habis waktu melawat pukul 6.00pm.. untuk hantar baju yg saya basuh untuk dipakai seminggu ni.. sekali untuk menghantar kak nabilah ke madarasah..
Sungguh penat saya minggu lepas.. dah ini lah pengorbanan ibu2 kan.. semoga Allah memberi kesihatan yg baik berterusan kepada saya.
Komentar
Posting Komentar