Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2017

SAYA ada DIA.😍

Gambar
BISMILLAH AKU BUKAN MEREKA Mereka kata aku bodoh Tapi aku dicerdaskan Nya Mereka kata aku sakit Tapi aku disembuhkan Nya Mereka kata aku lemah Tapi aku kuat bersama Nya Mereka kata aku jatuh Tapi aku diangkat Nya Mereka kata aku hancur Tapi aku dibentuk Nya Mereka kata aku sedih Tapi aku dihibur Nya Mereka kata aku salah Tapi aku dibenarkan Nya Mereka kata aku berdosa Tapi aku ditebus Nya Mereka kata aku menangis Dan air mataku jatuh Tapi aku dibuatnya tersenyum, Dan disekanya airmataku Mereka kata aku bukan siapa siapa Aku NOTHING Tapi Aku berharga dihadapan Nya Mereka kata aku begini Mereka kata aku begitu Tapi Dia kata bukan begini Dan bukan begitu Mereka hanya menyindir dan memandang sinis Menonton saja dan hanya bercaci Serta kadang memaki Tapi Dia tidak…. Dia selalu menjadi penolong yang setia Dia selalu membelai dan memandangku dengan Kasih Nya Walau dunia menghimpitku Tapi Dia selalu memberikan kelegaan padaku Jadi, peduli apa aku dengan mereka Dan peduli apa mereka dengan aku?

RESEPI SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR SEDAP..😊

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. Dalam minggu ni saya begitu sibuk.. tak sempat nak BW kekawan.. nanti saya terjah dan bom komen utk seminggu ye 😀😂 Sebelum tu marilah kita tengok resepi sotong yg membuat air liur meleleh 😉 Asyik lalu je kat wall FB saya.. minta di save lah tu 😉 Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur yang sedap dan mudah! Memang terbaek!!! Fav anak2 ni, mak ayah pun suka! Sedap sgt2, bertambah nasi! Share cpt! Bahan-Bahan Inti Sumbat: 2 biji telur ayam carrot (dicincang) sosej (dicincang) secubit garam minyak untuk menggoreng 1 sudu besar mayonis Cara-cara: campurkan semua bahan dan goreng hancur Sambal Sotong: 3 ekor sotong 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris) 3 sudu besar cili kisar 1 sudu rempah kari 1 biji bawang merah (dipotong bulat2) 2 sudu sos cili minyak untuk menumis 3 batang pencongkel gigi/lidi sedikit air asam jawa garam & gula secukup rasa Car

KITA DI GRED YG MANA 😟

*5 gred solat*🕌🕌🕌💚 😩 *Gred E* 🕌 Bila azan, buat tidak tahu,  tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya 😔 *Gred D* 🕌 Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat. 😌 *Gred C* 🕌 Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat. 😊 *Gred B* Bila azan, terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau.🕌 😄 *Gred A* Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.🕌 Apakah gred solat Kita❓ Kalau exam kita nak gred A sokmo.. Solat macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah swt di hari perhitungan nanti bknnya result exam ! Solat terjaga 💯insyaAllah benda lain pun 👍✅✅ Sama2lah kta balance kan hal dunia & hal akhirat... Jom muhasabah😌⏰⌚ BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE LAGI :)💚🍀✅ *7 kalimat yg harus di biasakan..* 🍀1. *_Bismillahirra

Nasi Lemak Mudah Dan Ringkas

Gambar
Ita sediakan nasi lemak ni 2 hari yang lalu. Sebenarnya ita seringkali menyediakan nasi lemak untuk sarapan atau makan malam keluarga. Rata-rata anak-anak dan suami ita suka akan nasi lemak yang membuatkan ita kerap memasak nasi lemak untuk hidangan keluarga. Nasi lemak makanan yang cukup popular di Malaysia. Kini di makan tidak kira untuk sarapan pagi mahupun untuk makan malam. Cara penyediaan nasi lemah cukup mudah dan ringkas sebenarnya, tapi kini terdapat pelbagai pilihan lauk pauk yang di makan bersama nasi lemak menjadikan ianya satu hidangan yang cukup di gemari tidak mengira bangsa dan kaum. Berita gembira untuk adik-adik yang mula berjinak-jinak ke dapur. Sekarang kak ita ada rancangan baru.. " mari memasak bersama kak ita "  di ig kak ita. Bagi adik-adik yang baru cuba-cuba nak ke dapur,  yang baru mula nak memasak untuk kelurga, bolehlah follow kak ita di ig kak ita  azlitaaziz Buat masa ini ada beberapa resepi yang kak ita tunjukkan cara memasaknya dan salah satun

Kek Onde-onde yang sedap sangat!

Gambar
Seperti yang kak ita janjikan dalam ig dan dalam blog yang kak ita akan kongsikan resepi kek yang sangat sedap ini. Pelbagai kek kini muncul di pasaran dengan pelbagai tema dan rupa. Kini satu lagi kek yang pada kak ita amat serasi dengan anak tekak kak ita yang ke kampungan ni. Kek onde-onde di beri nama , mungkin cara penyediaannya yang mirip kepada kuih onde-onde atau rasanya yang mungkin serupa barangkali. Tapi pada kak ita, kek dan kuih adalah dua benda yang berbeza dan kak ita gabungkan keduanya dalam satu kek supaya dapat di nilai sendiri keenakkan yang sungguh asli. Mungkin ada yang kata kek ni sama dengan kek pandan gula Melaka, hampir serupa tapi agak berlainan dari segi krimnya kerana pandan gula Melaka menggunakan swiss meringue buttercream , manakala kek onde-onde menggunakan cheese. Itulah yang memberikan kelainan pada kek yang satu ini. Ok lah.. kita tak payah nak sembang banyak sangat, nampak dah berjeje-jejeh.. dah air liur masing-masing... ^_^  Jom kita masuk dapur da

TERLENA 😪😪😪

Gambar
*TERLENA* Dari Almarhum Pak Hamka _Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena_ _Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._ _Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._ _Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._ _Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._ _Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_ _Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._ _Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._ _Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekada

Bila Nabil Dapat LESEN Memandu ~__^

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.. Pergi test lesen memandu di Legoland hahahha.. sebelum mereka membawa kereta ni ada taklimat diberikan dalam bilik tu, saya tak masuk pun dalam bilik tu, depa jer masuk adik beradik sepupu sepapat hihihi.. Biasalah Nabil suka warna biru, jadi terus menerjah ke kereta warna biru tapi sayang sekali kereta tu macam bateri dia nak habis.. puas lah si Nabil menekan pedal tu tak juga laju pergi nya... boring sungguh dia masa tu.. Kakak Nabilah dan Najeeha lagi boring sebab stering kereta dah kena kat lutut hahahahha.. bila nak habis ni.. sebab ada trafict light juga.. bila lampu merah kena lah berhentikan.. Luas juga tempat mereka test memandu ni.. ada juga budak-budak yang terlanggar kereta kekawannya ni hihihi.. Tapi tak apalah pengalaman .. Gembira sudah bila dapat lesen ni.. tapi melayang juga duit mama RM25 utk lesen ni.. tambah RM5 dah boleh renew lesen mama setahun

Russian Honey Cake Medovik

Gambar
Mulanya  ita ingat nama kek ini Mendovik, rupanya ita silap bila seorang rakan ig dari Russia menegur dan menyatakan nama sebenarnya kek ini adalah Medovik bukan Mendovik. Med dalam bahasa Russia adalah madu dan oleh itu ramai yang lebih gemar memanggil kek ni dengan nama Russian Honey Cake. Kek ini di katakan sudah mula menular viralnya kini. Ita pun tak pasti sejauh mana viral kek ini dan di mana keistimewaan kek ini sehingga ianya menjadi viral. Rasanya ke... atau rupa dan kejadiannya.. atau hanya indah khabar dari rupa aje.. Ramai yang menyatakan kek ini sedap! tapi mungkin tidak bagi tekak anak kampung ini. Kek yang di buat dari biskut madu dan di lapisi krim masam ini tidak serasi dengan anak tekak ita yang lebih sukakan kek yang lebih lembut dan ringan. Bukanlah ita katakan kek ini dari kategori kek yang berat-berat.. tapi tak tahulah mungkin bau madu yang kuat tidak dapat di terima oleh tekak ini. Bila ita tanya pada suami ita dia kata, rasanya biasa-biasa sahaja.. Tapi tak tah

KASTARD LABU

Gambar
Salam petang yang ceria kekawan... :) Baru balik sekodeng FB, tengok menu yg melintas di wall tu menarik hati dan tekak utk dicuba hahaha :D Jadi kita save dulu kat blog ni.. bila-bila saya cuba.. saya up entri ye... atau kekawan yg rajin nak cuba dulu.. Gandingan labu dan kastard ni.. emmm dapnyaaaa :) Kastard Labu 1 biji labu sederhana besar buang biji 1 cwn susu cair 5 biji telur gred B 2 sd mkn tepung kastard 1 st esen vanilla Susu pekat @ gula ikut manis yg disukai -Campur semua bahan,kacau sebati -Tapis,masukkan kedlm labu -Panaskn pekukus dahulu dlm 10 mnt - Kemudian kukus hingga btol2 msak -Dh siap,sejukkn & boleh la dipotong SELAMAT MENCUBA :) Sumber : Facebook

Kisah Si Mee Kari Udang Galah 😌😔

Gambar
Assalamualaikum kekawan .. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya. Apa dia disebalik kisah Mee Kari Udang Galah ni ye.. minggu lepas saya ada retreat ofis selama 2 hari .. jadi terpaksalah tinggalkan budak2 ni dengan abahnya.. Najeeha tak balik minggu tu.. jadi kerisauan dia lah dia.. hari Jumaat tu saya dah ambil baju kotor utk di basuh.. Alhamdulillah kak Nabilah balik minggu tu.. jadi boleh membantu saya meguruskan rumah dan adik-adiknya.. Masa sebelum pergi tu saya dah tinggalkan duit belanja kat Nabilah.. saya kata nanti pergi beli nasi ayam Pak Mall gi makan di asrama dengan Najeeha.. Abahnya kerja pagi tu jadi tunggu abah balik kerja baru gi asrama..  Hari itu ada karnival Food Truck di padang kemerdekaan Shah Alam tu.. adalah bermacam-macam jualan makanan .. salah satunya Mee Kari Udang Galah ni lah.. rupa-rupanya kak Nabilah nak sangat makan tapi abahnya tak beri beli katanya mahal sangat RM16 semangkuk kecil tu..  Esok ah

RESEPI SOTONG KENTANG GORENG RANGUP SEDAP😊❤

Gambar
Salam petang yang ceria :) Ehhh macam best jer kak ton.. kentang lagi.. jom kita viral😆 Ni skodeng kat FB.. tengok gandingan menarik jer kentang dan sotong tu.. anak2 tentu suka.. 😊 Resepi Sotong Kentang Goreng BAHAN-BAHAN Sotong basah 1/2 kilogram Kentang 5 biji 3 sudu tepung Bistari 3 Sudu Tepung Beras 1 biji telur CARA-CARA 1. Kentang potong panjang-panjang. Kemudian sumbat padat-padat dalam sotong. 2. Tepung Bistari campur dengan tepung beras dan telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair. 3. Celup-celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil. Dah siap goreng, makan dan confirm sedap! GAMBAR - Roszieyana RESEPI ASAL - Khairil Bariah

BACA PERLAHAN-LAHAN ANDA AKAN TERPUKAU 😊

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dihari Jumaat yg barakah ini serta dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya. Baca pelan-pelan dan Baca Sampai Akhir _*Anda Akan Terpukau*_ ▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁ من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .        Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada dihati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                               ▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁  إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه . Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya ▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁  تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا . Optimislah saat segala ur