Kisah Si Mee Kari Udang Galah 😌😔
Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.
Apa dia disebalik kisah Mee Kari Udang Galah ni ye.. minggu lepas saya ada retreat ofis selama 2 hari .. jadi terpaksalah tinggalkan budak2 ni dengan abahnya.. Najeeha tak balik minggu tu.. jadi kerisauan dia lah dia.. hari Jumaat tu saya dah ambil baju kotor utk di basuh.. Alhamdulillah kak Nabilah balik minggu tu.. jadi boleh membantu saya meguruskan rumah dan adik-adiknya.. Masa sebelum pergi tu saya dah tinggalkan duit belanja kat Nabilah.. saya kata nanti pergi beli nasi ayam Pak Mall gi makan di asrama dengan Najeeha.. Abahnya kerja pagi tu jadi tunggu abah balik kerja baru gi asrama..
Hari itu ada karnival Food Truck di padang kemerdekaan Shah Alam tu.. adalah bermacam-macam jualan makanan .. salah satunya Mee Kari Udang Galah ni lah.. rupa-rupanya kak Nabilah nak sangat makan tapi abahnya tak beri beli katanya mahal sangat RM16 semangkuk kecil tu..
Esok ahad tu saya dah balik pukul 2.30 ptg tu.. masa abahnya datang menjemput saya tu tengok dah siap-siap bawa semua barang2 dan baju najeeha.. maknanya terus hantar barangnya.. jadi saya singgah lah kat Karnival Food Truck ni.. masa ni lah Nabil bercerita dengan saya yg kak Nabilah tu nak makan Mee Kari Udang Galah tu.. saya pun mencarilah tengok tak ada pula menjual hari tu.. saya ni kalau anak2 nak makan sebolehnya saya penuhi sebab kasihan kan , kalau anak2 nak makan.. sedih hati saya.. tambahan mereka banyak membantu saya... masa jemput saya petang tu kak nabilah tak ikut sebab nak menyiapkan barang dia balik madrasah pulak petang tu..
Jadi semalam masa pergi pasar tani pagi ahad tu saya beli lah bahan-bahan untuk membuat mee kari ini.. Saya masak selepas balik kenduri kahwin anak abang sepupu saya di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.. masak mee ni mudah jer kekawan tak banyak remehnya.. 1 jam dah siap memasak..
Jom intai resepi mudah saya :D
RESEPI MEE KARI UDANG GALAH
Bahannya :-
- 18 ekor udang galah size sederhana
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*ditumbuk
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 4 sudu besar kari daging
- 1 tangkai daun kari
- 1 biji bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- sedikit kayu manis
- 2 biji bunga cengkih
- 1 biji kentang - direbus dan dilenyek.
- 2 biji tauhu goreng yg telah dipotong
- 2 mangkuk sederhana santan
- Air Asam jawa
- Garam secukup rasa
Caranya :-
1. Tumis bahan tumbuk, rempah kari, bahan herba, dengan cili kering kisar sehingga naik bau wangi.
2. Kemudian masukan santan, air asam,daun kari dan kentang leyek tadi.Masukan garam juga.
3. Akhir sekali baru dimasukkan udang galah dan tauhu goreng tadi. Rasa garamnya dan asamnya, jika kurang masam boleh tambah 1/2 keping asam keping.
4. Apabila dah mendidih dan elok masaknya boleh lah ditutup apinya.
Bahan sampingan :-
- 1 bungkus mee kuning cap siti - ini kakak nabilah yg hendak.
- Taugeh dicelur
- Lada Merah dihiris
- Daun sup
- Sawi dicelur
- ikut suka kekawan kalau nak letak telur rebus.
Saya malas merebus telur tu.. bahan tu pun dah cukup hihihi
Ini pinggan kak Nabilah lah.. gambar2 ni pun dia yang mengambilnya.. gembira sungguh bila saya memasak keinginannya.. "Mama terima kasih banyak masakan Mee Kari Udang Galah.. very very delicious , 2 kali kakak tambah" katanya.. terharu saya mendengarnya.. masa tu saya selesai mandi utk menghantarnya balik ke Madrasah pukul 6.30pm nanti.. sebelum tu saya dah pesan gi makan.. mama dah siap masak tu.. bungkus utk bekal balik madrasah. dia kata tak nak sebab dah kenyang sangat sebab 2 kali tambah. Malam tu pun kami dinner yg sama hihihi..
Komentar
Posting Komentar