Orange Coktail
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi minuman yang enak, segar dan nyaman dan pasti di sukai ramai. Minuman orange coktail ini bukan sahaja sesuai untuk di sediakan sebagai pembasah tekak di bulan Ramadhan, malahan ianya amat sesuai untuk di hidangkan pada tetamu di Hari Raya nanti. Bukan itu aje.. ianya sesuai untuk di sajikan pada jamuan rumah terbuka, majlis kenduri-kendara atau jamuan ringan di pejabat atau di rumah. Minuman yang sangat mudah di sediakan, cepat dan ringkas dan rasanya cukup segar dan nyaman. Ita selalu sediakan minuman ni bila ita buat jamuan ringkas di rumah. Ianya bukan sahaja minuman malahan boleh ita katakan sebagai dessert yang ringan untuk tetamu. Selain buah-buahan coktail anada juga boleh letakkan jelly dalam minuman ni. Sediakan jelly kjosong atau jelly oren, dadu kecil atau parut halus, letak dalam minuman ni.. pasti terasa liut-liut bila di nikmati. Ita tau pasti ramai yang dah tak sabar kan.. nak tahu resepinya. Jom ita kongsikan ORANGE COKTAIL Orange Su