AYAM PANGGANG AJAIB 🍗🍗
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendak..
Tengok di wall FB resepi ayam panggang ni cukup mudah.. nak cuba jugalah utk berbuka puasa cuti ni.. jom kita save dulu.. terima kasih pd yg kongsi resepi ni..
Ayam Panggang Ajaib. Menu mesti di sediakan berbuka puasa, bukan bulan puasa pun selalu saya sediakan. Jadi....Mari saya kongsikan resipinya.
AYAM PANGGANG AJAIB
1 Ekor ayam dibelah belakang dan dibersihkan.
3 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
8-10 cili kering
1 batang serai
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 sudu gula - kalau suka lebih manis boleh tambah gula lagi.
1 camca kecil garam
Cara memasak....
1. Lumurkan garam dan gula pada ayam
2. Cili kering digunting dan direbus dahulu.
3. Kisarkan bawang, cili kering, halia, kunyit dan serai.
4. Lumurkan pada ayam hingga rata.
5. Perap sekejap dalam 10-15 minit.
6. Bakar menggunakan pemanggang Ajaib selama 50 minit hingga 1 jam api perlahan. Pastikan pemanggang ditutup ya. Kenapa saya masak lebih kurang 50 minit - sejam? Kerana bahagian dada tu tebal. Kalau dipotong kecil2 setengah jam bakar dah masak dah. Ok.... Kalau X ada pemanggang Ajaib boleh dibakar dlm microwave atau oven ya. Bakar selama 1 jam. Suhu....ikutlah pada microwave dan Oven masing2.
7. Sekali sekala balik2 dan buka lihat keadaan ayam. Kalau tak buka tengok nanti hangus pula. 😂😂😂
8. Apa bila masak boleh la dihidangkan.
# Selamat mencuba. 😃
Kenapa saya beri nama Ayam Panggang Ajaib? Kerana Saya panggang Ayam ini dlm pemanggang Ajaib. Sebab tu saya beri nama Ayam panggang Ajaib. 😃
Sumber : Facebook
MGM Resorts to auction its $25 million Mirage hotel in Las Vegas
BalasHapusMGM Resorts, owner of MGM Resorts International 원주 출장샵 and its sister company, Resorts World 나주 출장샵 Las Vegas, 상주 출장마사지 MGM Resorts sells Mirage 경산 출장마사지 properties in 이천 출장마사지 the