Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2016

Jomlah Kita SENYUM Petang ^_____^

Gambar
Salam petang yg ceria kekawan :) Disebuah stesen keretapi...seorang makcik telah pergi ke kaunter tiket untuk bertanya kepada staff.... MAKCIK    : anak..keretapi sampai pukul berapa?- STAFF       : makcik....kalau ke KL sampai pukul 1...ke Gemas pukul 3...ke Ipoh pukul 4....makcik nak pergi mana? MAKCIK   : makcik nak melintas je... Cerita 1 Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah.. Cerita 2 Adalah sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu. budak : derma ape bang? lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan? budak : nanti jap. Saya ambilkan atuk saya. lelaki : ????? Cerita 3 3 org asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Setelah ditahan mereka berkata Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!! Cerita 4 Sebaik sahaja menga

KENDURI JAGUNG ~__^

Gambar
Hari tu entri  hainom okje  kata dia kenduri roti, saya pulak kenduri jagung ^__^. Pergi pasar tani pagi stadium Shah Alam tu, dalam perjalanan nak balik tu lalu lah di perjalanan kaki sebelah satu jalan tu, konon nak jalan pintas ke kereta, sekali tu ada lori 1 tan jual jagung, jagung memang kegemaran en suami, lepas tu abang tu jual 50 sen sahaja setongkol.. wah murah tu kata en suami.. apa lagi dia pun ambil lah 10 tongkol, baru RM5.00 katanya.. dalam pada yg sama abang tu ada jual kelapa pandan madu.. memang manis airnya.. anak2 suka sangat.. tu pun abang tu jual RM3.00 satu, beli tiga, siap belah , jadi campur semuanya RM14.00, tapi en suami bayar RM15.00 aje..tak payah ambil baki ..  tak apa bang kata en suami sama memberi sama merasa.. pastu abang tu boleh lagi bagi 3 tongkol jagung masuk dalam beg plastik tu..  aduhai memang murahlah rezeki abang tu kan.. suka bersedekah lagi.. Jadi petang tu, minum petang kami berasaskan jagung lah kan :) Anak2 kata nak buat sweet corn yg maca

Kek Lapis Rempah dan Kek Lapis Pandan

Gambar
Kek Lapis bukan sahaja di hidangkan untuk hari raya, kini ianya juga di hidangkan setiap masa. Kek lapis ni biasa kena ada stock kat rumah, sebab ianya tahan lama, jadi mudah untuk kita hidangkan bila menerima kunjungan tetamu secara tiba-tiba. Tak lah angkat air bujang aje kan.. kurang-kurang ada juga kuih sepiring dua untuk menjamu tetamu. Kini anda boleh dapatkan kek lapis tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.  Datang dengan 2 perisa , lapis rempah dan lapis pandan , kedua-duanya datang dengan aroma yang berbeza, pasti memikat selera. Anda pengemar kek lapis jangan lupa tempah kek lapis anda hari ini. Hubungi kak  Naruljahna  di talian : 014 617 7778

Nutella Cheese Tart yang sangat sedap!

Gambar
Anda peminat Cheese Tart? Kini Nutella Cheese Tart yang sangat sedap! Memang sedap.. terasa cheesenya dan bertambah enak dengan limpahan Nutella yang sungguh memikat. Sekali makan tak cukup.. pasti nak lagi dan lagi.. Kalau kak ita kata sedap memang sedap! memang tak puas menikmati Nutella Cheese Tart yang mencair di mulut. Anda suka? Anda nak merasa Cheese tart Nutella yang sedap nii Apa tungghu lagi oder sekarang Hubungi Maizatul Akmal sekarang untuk tempahan. Berbaloi! baloi! sedapnyaaa....

AYAM GORENG MAMAK RANGUP DAN SEDAP

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Dah masak ke utk makan tengahari ni.. atau ada undangan kenduri.. saya tak ada undangan pun minggu ni.. tadi sekodeng FB.. sekali tu ada pulak yg melintas kat wall Ayam Goreng Mamak ni.. apa lagi save dulu kat sini nanti kita cuba ye ~__^ Resepi Ayam Goreng Mamak Seekor Ayam di potong 10 Bahan2: 2 Sudu besar Tepung beras. 1 Sudu kecil Tepung jagung. 4 sudu besar tepung gandum 1 Sudu kecil serbuk lada putih. 2 Sudu kecil Serbuk kunyit. 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging. 1/2 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus. Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 5 ulas + Halia 2 inci 3 Tangkai daun kari 1 kg minyak untuk goreng. 1 sudu kecil gula( kalau bubuh aji tak payah bubuh gula) Garam Secukup rasa 2 biji putih telur Air secukupnya untuk bancuhan.. Cara2: 1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan @ keringkan air basuhan ayam... Selepas air dah tos, masukkan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ayam... Kemudia

Tempahan minggu ini

Gambar
Ini adalah kek tempahan yang sempat ita siapkan. Kek ni ita terpaksa hantar pagi-pagi buta kerana ita terpaksa bekejar pula ke kelas. Bila dah terkejar-kejar memang ita tak sempat nak ambil gambar. Mujur customer tolong ambilkan gambar dan kirimkan pada ita. Dapat juga ita buat kenang-kenangan. Kek yang bertemakan farm animal. Terima kasih pada gee yang tempah kek ni dari kak ita dan terima kasih kirimkan gambar kek ini. Ini pula tempahan kek khawin 2 tear. Masih lagi ramai yang gemarkan deco ini. Entah dah yang ke berapa kali ita terima tempahan kek yang sama. Terima kasih kerana meminati deco dari akak ni dan terima kasih juga atas tempahan. Selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Ini pula slice cake tempahan untuk birthday Nana. Happy Birthday Nana, semoga suka dengan kek yang auntie buatkan ini. Kek hantaran bunga-bunga kpop lagi. Kali ini tema warna coklat, peach dan krim. Memang agak payah nak mengayakan warna yang di berikan. Alhamdulillah syukur bila custo

KULIT UDANG PENAWARNYA ~__^

Gambar
Ni pun penting. Udang tinggi kandungan asid urik. Boleh menyebabkan gout. Tapi jangan takut. Allah buat elok2 dah. Dimana ada racun situ ada penawar. Buang usus atas belakang, & kulit jangan buang habis. Tinggalkan separuh. Kulit yg tinggal tu adalah penawar asid urik dan kaya chitosan iaitu penawar gout. Jika tidak boleh telan, memadai ada dlm kuah. Cegah bukan mengubati. Sumber : Facebook

Al Kisah Si KELEDEK UNGU ~__^

Gambar
Salam petang yang ceria kekawan :) Tersebutlah kisah si KELEDEK UNGU ini adalah untuk dibawa ke Family Days FIL di Afamosa tu sebenarnya.. entah macam mana boleh kalut nak cepat maka terlupa lah nak mengambilnya dari peti ais.. beli sudah lah banyak.. konon nak dibakar disana.. Apabila kak long mengeluarkan ubi kayu untuk dibakar barulah saya teringat keledek ungu saya ni.. Maka untuk memenuhi keinginan saya bakarlah guna pemagang ajaib saya yg telah banyak berjasa tu ^__^  Sekejap ajer dah siap dalam 20 minit jer saya bakar dengan api yang sederhana ye kekawan.. nanti tak pasal2 pulak rentung ;) Saya bakar masa cuti thaipusam tu lah kan.. anak2 pergi sekolah sebab sekolah mereka ganti dengan cuti raya nanti.. apabila mereka balik sekolah dapat lah menikmati keledek bakar saya ni.. Nabil kata" emmm sedapnya mama" boleh buat lagi.. Kata saya "kalau bakar dengan arang lagi sedap dan wangi, tu lah terlupa nak bawa tu hari kat Afamosa tu" "Tak apa mama ini pun dah

Salam JUMAAT Penghulu Segala Hari.. ^__^

Gambar
*tazkirah pagi ❤ Hari ini, bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri di mana sahaja yg kita suka. 🌹 Selepas itu kita ke almari dan pilih baju, apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka. 🌹 Kita ke almari solek, kita boleh pilih, apa wangian yg kita kita mahu. 🌹 Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid, samada berjalan kaki mahupun berkenderaan.. 🌹 Selepas sembahyang, kita boleh pergi ke mana sahaja, kita nak pergi, kedai kopi, shopping ataupun terus pulang ke rumah... 🌀 TETAPI... 😭 Suatu hari nanti... 💔 Kita tidak mampu nak mandi dan kita akan dimandikan.. 💔 Kita dah tak boleh pakai pakaian yang kita suka KECUALI kain kapan yg berwarna putih.. Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus... 💔 Dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung... 💔 Selepas disembahyangkan, kita dah tak boleh pergi mana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaitu TANAH PERKUBURAN... 💔 Diwaktu itu, baru

11 LANGKAH PENSTRUKTURAN DAN PENGUBAHSUAIAN BAJET UTK RAKYAT 2016

Gambar
11 langkah penstukturan dan pengubahsuaian #BajetUntukRakyat 1 - Kerajaan setuju untyk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Dis 2017. W/bagaimanapun, caruman majikan kekal #Bajet2016 2 - Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebyk RM2k kepada pmbayar cukai individu berpendapatan RM8k/bln ke bwh utk tahun taksiran 2015 #Bajet2016 - W/pun Kerajan akan hilang hasil sebyk RM350j namun ianya dpt beri penjimatan byrn cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2j pembayar cukai 3) Bg kurangkn kos kperluan harian,Krjn akn,antaranya,liberalisasikn AP bg prod prtanian trpilih trmasuk biji kopi mentah,daging #Bajet2016 - FAMA akn buka pasar belian trus hasil pertanian MyFarm Outlet yg jual brg makanan pd hrga jualan 5-20% lbh rendah dr hrga pasaran #Bajet2016 - KPDNKK akn knalpasti lbh byk kedai2 jualan harga berpatutn spt hypermarket. Jmlh Kedai Harga Patut akn ditingkatkn drp 640 kpd 1k . - KPDNKK akn tingkatkn pnguatkuasaan & ambil tindakan ke atas peniaga td

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya. Semalam saya pergi follow-up sakit tiroid saya tu.. memandangkan pada 2 minggu sudah iaitu 13/1/2016 bacaan darah saya tidak begitu menggembirakan jadi doktor suruh saya datang lagi 2 minggu utk check darah dan buat ultrasound tiroid. Alhamdulillah untuk bacaan darah Thyroid Function kembali NORMAL.. Thyroid Stimulating Hormone 0.60 mIU/L (0.27-4.20) bacaan inilah yg naik mendadak 2 minggu sudah tu yg doktor risau.. Free T3 4.5 pmol/L (3.5-6.5) Free T4 1 3.5 pmol/L (9.025-25.0)  Alhamdulillah.. itu yg keluar dari mulut saya bila doktor menunjukan keputusan itu kepada saya. Kita kena berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menyembuhkannya. Ini pula keputusan ultrasound di leher saya tu.. keputusan pun alhamdulillah .. tengok ulasan Dr Ahmad Afkhar yg buat ultrasound tu " Several small well defined hypoechoic lesions in both thyroid lobes, likely begin i

Corelle oh! Corelle

Gambar
Orang perempuan ni kan.. tak boleh berenggang dengan pinggan mangkuk.. ibarat lagu dan irama.. Kalau sebut pinggan mangkuk ni.. memang tak di nafikan pinggan mangkuk Corelle lah yang sering menjadi rebutan. Bila ingat corelle teringat mak di kampung. Mak ita cukup suka dengan pinggan mangkuk Corelle. Tahan lasak katanya, tak mudah pecah, ringan, mudah di simpan, tak retak seribu yang paling menarik hati tentang designnya yang senantiasa mengikut trend semasa. Berbaloi-baloi membeli.. bak kata orang alah membeli menang memakai. Hingga kini set Corelle design lama mak masih elok dan senantiasa menjadi penyeri hidangan makan kami sekeluarga. Dulu kalau nak cari pinggan mangkuk Corelle mak terpaksa seberang tambak untuk mengangkut set pinggan mangkuk kesukaannya. Maklumlah dulu jarang kita jumpa pinggan Corelle di jual di Johor, kalau ada mungkin di Kuala Lumpur. Oleh itu, mak memang akan ke Singapura untuk dapatkan koleksi pinggan mangkuk kesukaannya.  Kini tak payah nak bersusah payah ke