Postingan

Menampilkan postingan dari Desember, 2016

Percaya Tak Pesakit Yg Banyak Zikir Akan Segera Sembuh.. INI PENJELASANNYA

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Selamat bercuti dan beristirehat..  Sumber :Facebook P/s saya tengah diuji dengan demam, selsema dan batuk.. dah 2 hari demam selsema mula lah sakit2 badan kan. Syafakillah.. semoga saya segera sembuh.

RESEPI CUCUR SAYUR RANGUP

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Dah sarapan ke pagi minggu ni.. Jom kita sarapan Cucur Sayur Rangup ni... 😆☺ CUCUR SAYUR RANGUP Bahan A: 1 1/2 Cawan Tepung Gandum * 1 sudu kecil baiking powder * 1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda * 1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa * 1 sudu besar minyak masak* 1 biji telor ayam * Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata Bahan B: 1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus 1 cawan karet yang dihiris halus 1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong 1 biji bawang besar yg dihiris halus 1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda. 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair Pilihan Lain Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan ATAU Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan Cara: Bahan B hendaklah dimasukkan

TANDA-TANDA TERJADI KEPALA AIR 😰

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Selamat bercuti dihujung minggu.. cuti lama kan kekawan.. 3 hari.. jadi ada yg merancang utk pergi bercuti dgn keluarga.. kalau boleh elakkan bercuti di sungai dan pantai.. kerana skrg musim tengkujuh.. takut terjadi kepala air dan ombak besarkan.. Tadi tengok kat Facebook ada tips utk mengetahui tanda awal utk terjadi kepala  air ni.. semoga bermanfaat.. KEPALA AIR..apa yang perlu anda tahu : 1. jika mendung di kawasan tersebut,sila beredar,jangan tunggu hujan 2. sentiasa perhatikan keadaan air..jika nampak ada buih2 air hanyut sila beredar. 3. jika nampak daun2 masih hijau hanyut sila beredar. 4. nampak ranting2 hanyut sila beredar. 5. jika ada semua ni cuba dengar dengar teliti deruan air...biasa akan kedengaran air besar sedang lalu...tapi seeloknya tak perlu tunggu dan dengar....lari terus ke kwasn tinggi. C/P Sumber : Facebook

SUAMI YANG MENCIUM BAU SYURGA..😊😍

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.. *SUAMI YANG MENCIUM BAU SURGA* *"Saya Terima NikahNya...Binti...Dengan Mas Kawin...Dibayar Tunai."* Singkat,Padat & Jelas. Tapi Tahukan Makna *“Perjanjian atau Ikrar”* Tersebut??? Itu Tersurat. Tetapi... Apa Pula Yang Tersirat??? Yang Tersirat Ialah... ErtiNya : *”Maka Aku Tanggung Dosa²Nya Si Dia (Perempuan Yang Ia Jadikan Isteri) Dari Ayah & IbuNya.* *Dosa Apa Sahaja Yang Telah Dia Lakukan.* *Dari Tidak Menutup Aurat Hingga Ia Meninggalkan Solat.* *Semua Yang Berhubungan Dengan Si Dia (Perempuan Yang Ia Jadikan Istri).* *Aku Tanggung & Bukan Lagi Orang TuaNya Yang Menanggung.* *Serta Akan Aku Tanggung Semua Dosa² Calon Anak²Ku juga Secara Sedar...* *SekiraNya Aku Gagal & Aku Lepas Tangan Dalam Menunaikan Tanggungjawab...* *Maka...* *Aku Fasik & Aku Tahu Bahawa Nerakalah TempatKu...* *Kerana...* *AkhirNya Isteri & Anak²Ku Yang Akan

MINUM LEPAS PERIOD..

Gambar
Salam petang yang ceria kekawan :) Kita perempuan ni perlu jaga bahagian dalaman ni kan.. dengan minuman herba ni dapat menyihatkan tubuh badan kita juga kan.. Sumber : Facebook MINUMAN SELEPAS PERIOD BAHAN2 halia ( anggaran besar ibu jari ) kunyit ( anggaran besar ibu jari ) serai ( dua batang ) daun pandan (2 helai ) gula batu atau madu ( ikut tekak ) air 3 cawan tambahan jika perlu ::: :::: sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan ::::: manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara =============== basuh bahan dan rebus semua bahan 3 cawan air hingga jd 1 cawan air tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang ) selepas air dah kering menjadi 1 cawan tutup api minum ketika suam ( tak perlu di blend ) kelebihan minuman ni ♥😍membersihkan rahim selepas period ♥😍mengeluarkan angin ♥ anti kanser ♥ memecahkan lemak2 ♥ mengurangkan masalah bau badan ♥ kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni ☆☆👉🏼minum sebulan se

PASTA SPIRAL GORENG SOS SARDIN... emmm dapnya..😆☺

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Salam petang yg ceria :) Sibuk sikit ye lah dah lama bercuti.. kerja pun menunggu lah kan :) Masak pasta spiral goreng ni dah lama hihihi.. tapi tak menyempat nak update entri.. tu guna homemade sardin yg saya buat di sini tu  homemade sardin sedap .. Sebelum tu saya dah buat spaghetti sardin juga.. resepinya di sini juga..  spaghetti sardin emmm dapnyaaaa :) Anak-anak saya suka betul spaghetti dan pasta ni.. tekak budak2 sekarang kan.. ini pun kakak nabilah juga yang minta.. saya pun join sama.. memang sedap lah weyyy.. bertambah makan hahhaa.. tapi bagi orang yg suka sardin lah kan.. Resepi saya cukup mudah kekawan.. sebab saya ni suka yg cepat dimasak sedap dimakan.. jom intai resepi saya ni ye :) RESEPI PASTA SPIRAL GORENG SOS SARDIN Bahanya :- - 1/2 peket pasta spiral - 1 tin kecil sardin (saya guna yg homemade) - 1 tin sos pasta original adabi - 1 batang karot di sagat - 1biji tomato potong dadu - 2 ulas bawang putih - 1 biji bawang besar potong dadu - 2

KEK KAROT KUKUS SEDAP..

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Selamat bercuti dihujung minggu.. Dah lama cari resepi kek karot kukus ni.. ada pulak yg share di FB jadi save dulu disini.. nanti kita cuba pulak :) 😆☺ KEK KAROT KUKUS Bahan-bahan: 2 bji telor 1/2 cwn gula 3/4 minyak jagung Di Blend smpai kembang Campur 1 skesen vanilla 1 cwn tepung gndum 1 sdu kecil baking pwder 1/2 sdu kecik soda bikarbonat diayak 1 cwn carrot diparut Campur bahan2 campuran tepung ke dalam bahan adunan yang diblend tadi. Mix rata2. Masukkan carrot. Mix rata Kukus dalam stgh jam ke 45 minit Panaskan kukus terlebih dahulu dan tutup permukaan loyang untuk elakkan air menitis atas kek. Kredit resepi: Zuraini Manap

TIPS BERSIHKAN DAN KILATKAN SETERIKA..😆😊

Gambar
Cara untuk hilangkan kotoran di seterika. 1-letak garam atas surat khabar 2-panaskan seterika 3-gosokan seterika atas garam tadi sehingga berkilat. Boleh lakukan sendiri di rumah :) Sumber : Facebook

MENGAPA REDHA SUAMI SYURGA BAGI ISTERI... Ini Jawapannya..😊

Gambar
Sumber : Facebook

PERINGATAN :: Mesin Dobi Dan Pengering...

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya. Musim hujan dah bermula.. jadi mula lah kain baju yg dibasuh tak keringkan kekawan.. Jadi jalan penyelesaian nya kita pun pegi lah ke kedai dobi untuk mengeringkan.. rupa-rupanya ada risikonya.. cer baca yg dibawah.. semoga kita semua sentiasa berhati-hati ye kekawan.. peringatan untuk saya juga.. PERINGATAN! Mesin Dobi n pengering. Musim cuaca kurang menentu ramai yang menggunakan dobi layan diri 24jam. Dah basuh mesti guna mesin pengering sebab cuaca kejap-kejap hujan. Jika nak guna mesin pengering, jika boleh ELAKKAN berada dalam kedai dobi tersebut..sila duduk jauh sikit dari mesin. Kerana ramai yang tidak mengetahui bahawa mesin pengering menggunakan gas LPG untuk memanaskan mesin bagi cepat kering. Contoh: Letupan yang berlaku itu adalah kebocoran gas dan berlaku litar pintas disebabkan penggunaan melebihi tahap maksimun.Semoga kita semua dijauhkan segala kejadia

12 LANGKAH RUMAH BEBAS TANTRUM..😊☺

Gambar
Sumber : Facebook

SALAM MAULIDUR RASUL 2016

Gambar
``` Assalamualaikum para umat Rasulullah sekalian! 😍Bersempena kedatangan bulan Kelahiran Rasulullah marilah kita mengirim jutaan selawat dan salam kita buat Al Mustofa sallallahu alaihi wasallam ahli keluarganya dan para sahabat baginda.. 😍Tanda ingatan dan Kasih Kita Kpd Al Mustofa. 👳🏻‍♀Marilah kita sama2 membacanya dan hantarkan kpd rakan2..👳🏻‍♀👳🏻‍♀👳🏻‍♀👳🏻‍♀👳🏻‍♀ Seorang dikehendaki membaca 10 kali selawat (paling minima) 😀Kalau info WhatsApp kita boleh baca berkali2, tak kan selawat 10 kali pun kita malas. 😭Mudah2an bacaan selawat bisa menghapuskan apa jua kelalaian kita dalam menggunakan aplikasi ini. Mari kita mulakan bersama... Ayuh!!! 🌸بسم الله الرحمن الرحيم🌸 🌹اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ 🌹اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ 🌹اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ 🌹اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ 🌹اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ

Keria Butterscotch

Gambar
Keria Gula Melaka adalah kuih atau manisan yang cukup popular kini. Hari-hari ianya lalu lalang di wall fb ita , boleh kata saban masa dan setiap ketika. Hingga ada yang mengambil peluang menjenamakan semula dan memberi nama keria montoks'. Ita memang dah biasa dengan keria gula Melaka kerana mak ita memang menyediakan keria gula Melaka untuk jualan sejak berzaman lagi. Ita pernah kongsikan resepi keria gula Melaka ni dari tahun 2010 lagi, seawal ita berblog di SINI . Tak sangka, setelah 6 tahun barulah ianya popular dan menjadi kesukaan ramai. Itu pun setelah popularnya keria antara bangsa yang popular di Melaka dan pernah keluar di Majalah 3. Kalau hari ini ramai rakan di fb yang teruja dengan keria gula Melaka, sebaliknya di Johor Bahru berlainan pula. Kami sedang angau dengan Keria Butterscotch. Sebenarnya ita terus tersuka dengan keria butterscotch ni bila pertama kali ita merasa. Memang sedap sangat! kebetulan ita memang peminat kuih keria. Ita boleh habiskan keria ni berketu

Jenis Solat Jama'...CARA NIATNYA..😊☺

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Selamat bercuti dihujung minggu.. pastu dah panjang cuti minggu ni.. tentu ada yg pergi bercuti bersama keluargakan.. jadi yg mana pergi bercuti melebihi perjalanan yg membolehkan Jama' dan Qasar boleh kita berbuat solat tersebut. Inilah hadiah yg Allah beri kemudahan untuk hamba Nya yg bermusafir.. meringankan solat agar hamba Nya mudah utk menunaikan solat. Sumber : Facebook

Resepi Kuih Keria Gula Merah Viral... 😊😆

Gambar
Salam petang ceria kekawan.. Selamat bercuti dihujung minggu.. saya pun dah sampai kg en suami.. tengah dok layan FB keluar pulak resepi kuih keria gula melaka yg tengah viral ni.. elok save kat sini dulu.. esok2 kita cuba pulak ye 😆😅 🍒 Kuih Keria Sira Gula Melaka 🍒 ◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆ By Mawar Wilsa ✔ 2 kg keledek putih ✔ 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak ✔ garam secukup rasa ✔ Air secukupnya untuk merebus keledek ✔ minyak utk menggoreng 🍎 Cara2 1 • Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil 2 • Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk 3 • Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas .. Biarkan sejuk baru letakkan tepung. 4 • Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana 5 • Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan 6 • Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira de

ROTI PURI SEDAP😆☺

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Selamat bercuti dihujung minggu kekawan.. masa tu tengok FB.. keluar pulak resepi roti puri tengok macam sedap je.. Jadi kita save dulu kat sini nanti rajin buat ye :) Roti Puri for breakfast... Resepi Roti Puri Sedappp n sangat mudah 2 cawan tepung gandum* 1 sudu kecil yis kering * 1 sudu kecil gula* 3 sudu besar minyak masak* 1/2 sudu kecil garam* 3/4 cawan air panas mendidih Air biasa jika perlu.. kalau doh keras sgt...  kalau x.. x perlu yer Caranya; 1. Satukan bahan yang bertanda * gaul sehingga berderai. 2. Masukkan air panas, uli selama 3-5 minit. 3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong ( jangan besar sangat) dan perap selama 30 minit. Tutup dengan kain. 4. Canaikan atas pencanai biar leper. Jangan leper sngt. 5. Panaskan minyak dn goreng. Untuk bagi kembong kena curah minyak atas roti ye. Boleh di cicah dengan apa2 je kuah. Sumber : Facebook p/s Saya bercuti sehingga minggu depan, balik kampung, jadi entri ni auto publish. Nanti kalau rajin saya BW ye

TATACARA SOLAT ORANG SAKIT

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Salam Jumaat yang barokah, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya. "Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan solat/sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak)".(Al-An'aam 6:72)  Walau dalam apa jua keadaan kita , solat jangan ditinggalkan, itulah tanda pengabdian kita kepada Allah kerana kita adalah hamba Nya.. Bila tengok gambar diatas, pakaian adalah pakaian dihospital, teringat dulu menjaga almarhum abah dan almarhumah mak, bila masuk waktu solat, maka tolong mereka untuk mengambil wuduk utk bersolat, saya guna spray ajer membantu mereka berwuduk, masa tu almarhum abah boleh duduk lagi diatas katil, jadi almarhum solat duduk seperti gambar yang pertama tu. Berlainan dengan almarhumah mak, yang sakit strok, jadi ajar mak cara-cara solat terlentang tu dengan menggunakan isyarat mata, kekadang katil hospital boleh